Friday, November 27, 2009

Sticky Mode: Blog Header Make Over Contest


Jom join contest ni!
Tarikh Tutup : 27 November 2009

Wednesday, November 25, 2009

Finally I'm home..

Alhamdulillah...dah smpi ke rumah jam 3 petang tadi...huhuhu rindunye kat E-ein...Inipun esok kena keje half day wpun aku cuti...sbb ade keje perlu dibereskan sebelum bercuti raya ni...Kali ni beraya di kampung belah Cg Fly kat Pontian...gambar2 masa kursus adelah sikit..ade masa nanti aku update k.. muke sunburn giler ni sbb ade aktiviti kat laut..first time berkayak wpun tak penah berkayak seumur hidup nih heheheh

Yang ni pulak antara gambar2 E-ein yang di mms kan oleh cik abe ku buat tatapan pengubat rindu kat my Suyin...

Faces of E-ein

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
kepada kawan2 semua......

Friday, November 20, 2009

Are You THE ONE?


MomBloggersPlanet sedang mencari 5 orang MomBloggers bertuah untuk menjadi MBP ambassadors!


Apa itu MBP ambassadors?


Bertugas untuk menjadi:
-Moms Forum Moderator
-Update Any New Blog Contest in the Forum
-Review blogs in the Moms Review Moms Forum
-MBP 1st Anniversary Gathering planning/discussion
…and more tasks in the future (future contests, charity works etc)


Apa kelebihannya?

Mereka yang terpilih menjadi MBP Ambassadors akan mendapat....
-500 MBP reward points upon hiring
-50 MBP rewards points monthly
-Free Fame on MomBloggersPlanet (I’ll create a special page listing all the MBP Ambassadors profile).
-MomBloggersPlanet Ambassador Badge (see below )






Menarik kan?jom apply!
Aku dah apply....Doakan diriku moga bertuah..amin...

Search for MBP Ambassadors

Wednesday, November 18, 2009

Cakkk...

Weh...giler rindu kat blog ni...akhirnya dapat gak guna internet tumpang kat lab komputer sini...sekarang ni aku kat Institut Teknologi Unggas, Ayer Keroh,Melaka.Petang ni free coz organizer bagi rehat sebelum meneruskan marathon kursus until 25haribulan!Kursus nye pack amaaat..huhuhu ...3 hari pertama ni smpi kul 10 malam..tapi lepas2 ni, kursus smpi 7 petang je..mlm leh la rileks...rindukan E-ein (dan abah dia hehehe) dan kawan2 sume....huhuhu...

Sunday, November 15, 2009

I'm away for a while...

Pukul 8 malam ni aku akan bertolak ke Ayer Keroh, Melaka untuk berkursus.Jadual kursus agak padat ,start kul 8pg - 10 malam...termasuk weekend.Will be back on 25th evening.Tak sure samada kat sane ade wi fi atau tak. E-ein dah sihat, taklah risau sgt nak tinggal dia...kalo ade wi fi kat sane, leh la online...to KedaiGambarKami clients yang ade membuat tempahan, lambat sikit ye siap?Huhuhuhu rindu e-ein, tak puas manja dgn dia sehari dua ni sbb aku dgn Cg Fky demam + diarrheoa + muntah2 start hari Sabtu..rasenye food poisoning...tak penah aku rasa sesakit cam ni muntah..muntah morning sickness pun tak seperit cam ni...anyway, dah sihat sikit, jgn sakit lagi dah time kursus!To kawan2 semua, take care!

Friday, November 13, 2009

Cutest Baby in Nature by MBP


Dah lama tak join contest kat MomBloggersPlanet , maklum asyik ke sana sinun, jarang2 dah ada masa nak berblogcontest yg panjang2 heh...so, kali ni aku decide nak join contest ni...


Rasanye kebanyakan mom bloggers dah tau sgt tentang contest kat MBP nih...so, untuk info sila rujuk ke sini. Seperti biasa contest ini dianjurkan oleh MomBloggersPlanet dengan hadiah - hadiahnya disponsor oleh Alice Wonders dan Photobook Malaysia.



Tema kali ini ialah Cutest baby in Nature.

Baby's Name: Nurdayana Insyirah bt Zulkeflai (E-ein)
DOB: 18 Mac 2009


Gambar2 ni di shoot depan rumah kami kat Kluang. Memang kami duduk dalam kawasan ladang yang menghijau sebab mama E-ein kejenye kat situ :). Tiap - tiap hari boleh dikatakan dapat tengok pemandangan nature yang indah. Di waktu pagi, dapat lihat cahaya
matahari menembusi daun pokok-pokok sekeliling rumah.Di waktu petang dapat tengok pelbagai spesis burung-burung dan tupai mencari rezeki di sekitar kawasan rumah kami. Kat depan rumah selalu dapat tengok lembu dan kuda melintas(kadang-kadang b**i hutan pon lalu hish!)...kiranya E-ein beruntung sebab dapat tengok semua ni live, di mana sesetengah kanak-kanak terutama di bandar-bandar besar, jarang atau tak dapat melihat haiwan-haiwan ni semua melainkan kat tv atau kat zoo sahaja...

Antara pemandangan di depan rumah kami:


sunrise...pemandangan setiap pagi yg indah..

Mama: E-ein tgk tu,kuda....kuda...KUDA..
E-ein: Bbbuaaaahhh!

Mama : E-ein tgk lagi tuh...Bangau..bangau..BANGAU..
E-ein: Bbbbbbuaaahhh...(dia tau ckp ni saje heh)

Oh yang ini paling mencabar nak tulis...kenapa nature bagus buat E-ein?

Nature atau alam semulajadi adalah ciptaan tuhan yang sangat indah. Biarkan anak-anak bermain outdoor mengenali rumput yang menghijau, pokok2 yang gagah berdiri, bunga2an yang pelbagai warna dan juga mengenali unggas2 persekitaran. Biarkan juga anak-anak bermain di luar supaya semakin sihat disiram cahay matahari dan menikmati udara yang segar.Kalau anak2 asyik terperap di dalam rumah sahaja secara tak langsung akan menjadi naif ttg kepentingan alam semulajadi. Sekarang sudah jarang anak-anak menghargai alam semulajadi, bangun tido, pergi sekolah, pergi tusyen, balik ke rumah bermain game atau menonton tv jek.

Sebagai seorang ibu,
aku nak E-ein tahu menghargai alam semulajadi dan sama- sama mengambil tindakan menjaga nature apabila besar nanti. Dan juga semoga E-ein menjadi seorang yang berani mempertahankan alam semulajadi.Satu tindakan yang kecil seperti mengutip sampah atau tidak membakar sampah secara terbuka membawa kepada impak yang besar kepada nature jika semua bertindak sedemikian. Kita sebagai ibu bapa juga memainkan peranan dalam menjaga alam semulajadi dengan menunjukkan teladan yang baik kepada anak - anak dalam menjaga kebersihan persekitaran..Apa lagi yang nak diwariskan kepada anak-anak kalau bukan alam yang menghijau, udara yang segar dan persekitaran yang bersih?

adakah kita nak wariskan ini kepada anak-anak kita.....


atau ini?
dan ini?
Renung-renungkan..{i better stop before i babbled too much ;) }

..Photos above i found in Flickr..

Addik manissss..... senyum manis sikit kat Little Mama,mane tahu rezeki E-ein kali nih!

Good luck to all participants & to my E-ein!TQ to kak Ros ,admin MBP yang setia menganjurkan contest wpun bz! :) Tabik spring kat Kak Ros! (ikhlas ni kak tau, bukan bodek hehehe)

Not well yet

Aku cuti lagi today....E-ein dah tak muntah, alhamdulillah..tapi masih demam....moga E-ein cepat sembuh...mama nak gi kursus lagi ni next week....wajib pegi lak tu...utk sah jawatan mama....mama dah byk kali miss kursus induksi khusus ni...tapi kalo E-ein masih tak sihat, maybe mama consider tak gi kursus...

Mama dan abah risau sgt tgk E-ein belum baik demam sbb biasanye E-ein demam sehari je, tak sampi 2 hari....mane tak sedih dan kesian kite tgk, dia selalunye aktif, suke "bercakap", tetiba jadi diam dan lembik je....mujurnye E-ein dah selera minum susu ari ni.Semalam dia minum susu 3x je..mkn bubur nasi pun 4-5 sudu je leh masuk..dia byk tido...takpelah E-ein, byk2 kan tido dan rehat, cepat baik nanti...

Malam tadi tido kena letak kain lembap atas dahi..her temperature is high...

Rajin anak mama ni, demam2 pun nak baca buku lagi...cuba tgk muke dia, muke letih..