Jumaat, 31 Oktober 2008

40 minggu nan indah


40 minggu nan indah...



Minggu 1 -4

Perlekatan awal janin pada uterus, sel-sel aktif membahagi.Genap sebulan, kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang fetus.

Minggu 5 -10
Jantung mula terbentuk dan berdenyut.Kadar denyutan ialah 60 -90 kali seminit.Kaki dan tangan mula berkembang, dan sudah boleh bergerak, namun saiz masih kecil sekitar 2mm , jadi ibu tidak akan merasai pergerakan fetus.Pada minggu ke10, tubuhnya mula memanjang dan jari tangan mula kelihatan walaupun belum sempurna terbentuk.

Ulasan Catlina: "aku start buat ultrasound scan pada minggu ke-8!"


Gambar fetus berusia 20 minggu

Minggu 11 -14

Bayi sudah mula bernafas dan kadar denyutan jantung meningkat 110 - 160 kali seminit. Bayi sudah boleh menghisap jari dan mula belajar menggerakkan bibir.Dalam usia 14 minggu , bayi sudah boleh mengerutkan keningnya.


Jari kaki pada usia 11 -12 minggu

Minggu 15 - 17
Sudah boleh mendengar, bunyi yang paling jelas dan dekat dengannya ialah bunyi suara ibu.Ibu juga sudah boleh merangsang sel otak bayi dengan bercakap2 dengannya atau mendengar muzik yang lembut.Jantina bayi sudah boleh dikenalpasti pada usia 16 - 17 minggu.
Catlina: "Scan kali kedua pada usia 17 minggu :)...."

Minggu 18 - 24
Pendengaran makin tajam dan mula peka dengan bunyi -bunyian luar. Jika terdengar bunyi yang kuat, bayi akan menendang dan ibu sudah boleh merasakan pergerakan bayi ketika ini. Gigi susu mula terbentuk pada usia 19 minggu.

Catlina: "semalam sebelum tido,baby bergerak,byk kali jugak, Cg Fly pun dpt rasa bila letak tgn kat perut :)....tapi aku rasa dia tersedu kut..sebab pergerakan baby terhenjut2 mcm orang tersedu.."

Minggu 25 - 29
Sel-sel otak bayi mula berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang -tulang bertambah keras. Bayi semakin aktif, mata bayi sudah boleh dibuka dan ditutup pada usia 29 minggu.

Minggu 30 -40

Bayi semakin aktif bergerak dan membuat pergerakan seperti menendang dan memusingkan badan. Kedudukan kepala mula menghala ke arah serviks kerana sudah hampir tiba saat melahirkan .

Sumber : Pa & Ma

3 ulasan:

ainsahrizal berkata...

Baby girl ke boy????

CatlinaFly berkata...

baby malu, dia kepit kaki, doktor tak nampak hehehe

Tanpa Nama berkata...

Seems to [b][url=http://bestshopping.hidear.org/#44441]プラダ 財布[/url][/b]
minister to to the nowadays manner[b][url=http://prada.hidear.org/#44471]プラダ 財布 新作[/url][/b]
"counterfeit fur" hale and hearty [b][url=http://prada.hidear.org/#44391]プラダ 財布 新作[/url][/b]
atmosphere, this [b][url=http://bestshopping.hidear.org/#44481]プラダ 長財布[/url][/b]
troupe of hand-made Teddy Move Tricks strap, the primary delve into[b][url=http://prada.hidear.org/#44351]プラダ 財布[/url][/b]
simulation fur and leather recycling. Tricks wearing bewildering, hair wild, amphibole and Caizhu of reward is reminiscent [b][url=http://prada.hidear.org/#44471]プラダ 財布 新作[/url][/b]
of the awful era. Their neck,[b][url=http://pradas.hidear.org/#44371]プラダ 長財布[/url][/b]
better and foot of each shared can be on the go, and engrossed of fun. Media published [b][url=http://prada.hidear.org/#44351]プラダ 財布[/url][/b]
acquire payment of $ 195.

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.