Selasa, 13 Januari 2009

Mereka yang tewas (antara Gaza dan Malaysia)

Terasa nak menulis sesuatu mengenai isu di Gaza..idea ni datang selepas solat Maghrib semalam...semoga perang berakhir segera..amin..

Gaza, Jan 2009

Kita dikejutkan
dengan berita saudara seagama kita
di bumi Gaza Palestin
dihujani percikan bom, mortar dan peluru
yang tidak berdosa menjadi mangsa
diratapi oleh kaum keluarga
sanak saudara
yang tidak pasti bilakah pula giliran
nyawanya akan direnggut syaitan bertopeng manusia
itulah erti sambutan tahun baru
di Gaza

Malaysia,Jan 2009

Kita dikejutkan
dengan berita saudara seagama kita
seorang dara muslim tewas di tangan lima lelaki durjana
saat kamar hotel diterjah pencegah maksiat
dengan alasan bermalam sebentar cuma
setelah letih berpesta di pada malamnya
itulah erti sambutan tahun baru
di Malaysia

Gaza, Jan 2009

Kita dikejutkan
dengan kekejaman dan kebebalan Zionis
melanggar undang - undang perang
sementelahan sang Amerika si penyokong setia
ratusan nyawa melayang sekelip mata
bingkisan istimewa dari Israel laknatullah
itulah sambutan tahun baru
di Gaza

Malaysia, Jan 2009

Kita dikejutkan
dengan tertangkapnya dua selebriti
di antara sekumpulan manusia
yang berpesta dadah dan seks
sempena gemilang sambutan
tahun baru yang menjengah
itulah sambutan tahun baru
di Malaysia

Betapa berbezanya perjuangan
antara Gaza dan Malaysia
tewas di Gaza, nyawa melayang
tewas di Malaysia, maruah tergadai
betapa kita tidak bersyukur
diam di bumi bertuah yang aman damai
adakah menunggu dilanda musibah
baru hendak membuka mata?

Catlina 2009

Doa untuk saudara kita di Gaza

"Ya Allah!
sebagaimana Kau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah,
hancurkanlah musuh Islam itu..dan turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam
di Palestin, Amin..."

1 ulasan:

cintaKusayangMu berkata...

erm...smoga Allah membantu saudara kita di bumi Gaza..amin..

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.