Sabtu, 27 Jun 2009

Stok EBM dan jenis -jenis susu ibu



Stok EBM ku..walaupun tak banyak sgt, tapi i'm still pumping!(sekali pump aku leh dpt 3-4 auns, sehari 4-5 kali pump).Masa ambil gambar ni separuh stok dah dibawa ke umah mak mertuaku....awal-awal E-ein tukar ke susu botol, aku ajar dia minum susu perah & EBM dlm botol.Pastu baru ajar minum susu formula (she's on enfalac).Sedih tau mula-mula bagi susu botol kat E-ein .Kononnye nak fully BF 6 bulan, tapi tak berjaya...byk cabarannya nak simpan EBM (masa berpantang di rumah mertua , dah try simpan EBM tapi petisejuk nya tak berjaya membekukan susu aku tu -peti sejuk 1 pintu).So bila balik umah Kluang, aku gigih berusaha simpan stok.Sekarang E-ein tak berapa suka EBM dlm botol (she prefers the real thing!!!!)..tapi naluri suruh simpan gak..sayang la nak perah & buang (kecuali kalau aku g outstation, kene buang..huhuhu rugi rugi!).Kenapa aku simpan EBM?

1.instinct suruh.
2.EBM leh tahan 3 bulan bila dibekukan...hajatnye bila E-ein dah umur 6 bulan, maybe EBM leh dicampurkan dlm nestum/puri buah/buah lecek nanti...harap2 dia nak.
3.kalau E-ein demam, dia tak berapa suke susu formula, masa demam ari tu mak mertua aku byk kasi EBM dari susu formula, lagipun susu ibu kan penawar segala penyakit!

dan ini info yang aku copy paste dari blog Dhia ,terima kasih Dhia for sharing!

Jenis Susu Ibu



Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan).Apa pulak foremilk...hindmilk nih?

Ringkasnya, apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.

Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.
Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa.Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.Baby perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya. Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.Jenis susu ibu :

1.Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
2.Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
3.Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).

15 ulasan:

zaliana berkata...

salam!!
Kak za sokong sepenuhnya usaha catlina utk simpan stock EBM! Teruskan pumping..mental ibu kena kuat nih....baru susu ibu keluar mencurah-curah..jaga makan yek..makan yang sihat-sihat...Hidup susu ibu !!!anak kak za- sekarang 9 bulan minum susu ibu sepenuhnya :D

Baby Lyana berkata...

Hmm... go go..u can do it.. I BF Lyana till now...dr lahit till now..tapi dia xmp minum EBM..nak natural ajer..so, sy tak perah..sudahnya, gi site kejap pun kena angkut la..sebab takut dia nangis nak susu..sian daddy dia..

catz_mafia berkata...

Catlina,
Terima kasih untuk info ni...

Emy Omar berkata...

Hi saya pun buat stok EBM untuk Mia..she's 8 months now tapi still having EBM + formula milk sebab Mia duduk dengan my mom kat Seremban. Alhamdulillah,even Mia tu premature baby tapi dia susah nak kena infection demam or selsema even abang2 dia demam maybe berkat susu ibu kot.Teruskan simpan stok EBM tu

zieha berkata...

tahniah berjaya utk BF exclusif..k.zieha dulu sempat dua minggu je..huhuhuhu

CuTeMiUt78 berkata...

selagi blh.. terus kan.. jgn berputus asa...

CatlinaFly berkata...

kak zaliana: terima kasih atas sokonganmu itu!!!!!

CatlinaFly berkata...

baby lyana : hmm.. tu lah jelesnye kat ibu2 yg fully BF ni tau..tahniah ye kat baby lyana & mummy nye ;)

CatlinaFly berkata...

catz: sama2 :) thanks to pemilik asal info ni -> dhia..

CatlinaFly berkata...

emy omar: alhamdulillah berkat susu ibu lah tu...

CatlinaFly berkata...

k.zieha; sy taklah fully BF...campur kak BF dgn susu tepung...fully BF sempatlah sebulan jek...

CatlinaFly berkata...

cute miut: hait!!domo arigato for ur wish!!

umi_e berkata...

masa anak sulung kecik kak e pun buat camtu... pernah dapat sampai 10 botol mineral yang kecik tu untuk lebih kurang satu minggu!

* Sudah 16 tahun berlalu tapi macam masih baru je :p

CatlinaFly berkata...

kak e: :) terkenangn2 lah tu ye..ha ah kan..tapi kalau terlambat sikit perah wah seksanye bila bengkak susu!!!

fizamior berkata...

salam perkenalan...
wow...very informative.. thanks!! A LOT!!!

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.