Jumaat, 30 Oktober 2009

Apa itu APGAR Score?

Korang penah dengar atau tengok APGAR score?Biasanya baby yang baru lahir, doktor akan catitkan APGAR score ni kat kad kesihatan baby tu...E-ein skor 9/10 selepas lahir.Baby korang pula dapat skor berapa?Cuba cek medical kad anak2...mesti ada punye, dicatit selepas baby korang lahir....

APGAR score bermaksud satu metod yang sangat simple dan mudah dilakukan bagi menilai tahap kesihatan bayi yang baru dilahirkan (
a simple and repeatable method to quickly and summarily assess the health of newborn children immediately after childbirth) .

Dr. Virginia Apgar

APGAR score dipercayai dicipta oleh Dr. Virginia Apgar, seorang pakar bius kanak-kanak pada tahun 1952.Skor APGAR adalah dari nilai 0 hingga 10.Lima kriteria berikut diambilkira. (Appearance- rupa, Pulse-nadi, Grimace-mimik muka/respons, Activity-pergerakan, Respiration-pernafasan) yang mana juga digunakan bagi singkatan nama APGAR itu sendiri.

5 kriteria APGAR Score:


Cara kiraan: sekiranya kesemua skor APGAR mendapat nilai 2, maka 2 x 5 skor = 10/10. Kalau setiap satu skor APGAR itu 1, makan akan dikira 1 x 5 = 5/10.

Penilaian APGAR score dilakukan antara 1- 5 minit selepas bayi dilahirkan dan akan diulang beberapa kali sekiranya skor itu rendah.

Skor 1/10, - 3/10 bermaksud sangat rendah dan bayi tidak sihat.
Skor 4/10 - 6/10 tahap kesihatan bayi sedikit rendah.

Manakala skor 7/10 - 9/10 dinilai sebagai bayi yang amat sihat.


Skor 10/10 jarang dicapai kerana setiap bayi akan kelihatan sedikit cyanotic (kebiruan) selepas lahir.

Bagi bayi yang mencapai skor 1/10 - 3/10, APGAR score ini akan diperiksa oleh doktor setiap 5 minit.Sekiranya ia masih tidak meningkat selepas 30 minit, kemungkinan kecacatan saraf telah berlaku serta peluang bayi menghidap cerebral palsy meningkat.Wallahualam..

~sumber dari Wikipedia~

11 ulasan:

Hanz berkata...

satu lagi info dah dapat..thanks Cat!

MamaCira berkata...

wah best.. selama ni x tau pun.. balik nanti nak tgk buku rekod baby.. tq dr~!

SuriYati berkata...

bagus la info nie Cat...;)

cintaKusayangMu berkata...

nk kena cek blk ni kt buku rekod darwishes tu...xperasan lak ader apgar ni...

jus call me ida.. berkata...

tau tau tau.. ilmu time belajar medic dulu.. huhu..
my baby got 3/10 jer when deliver.. and after 30 minit 0/10

Jiey Mien berkata...

Dulu b4 nak gave birth to Ian, doctor da mentioned pasal Apgar Score ni..
Diorg kata, they will rate the baby first and will see whether he's fit enough to have the operation or not..
Jiey dok budget Apgar score Ian less than 3 dah actually..
Skali 6!
Hehehhe.. Walaupun still under category baby yang tak sihat, tapi mokcik suka!!
This is sooo far that what I've expected!
3 days later, terus operate Ian..
Alhamdulillah Ian skrg still bernafas even tho dalam kategori anak istimewa..
=)

*Alamak terpanjang plak.. Pointnya pasal Apgar Score je! :P

karipapsayur berkata...

website jual baby sling murah : http://gobokburuk.blogspot.com/search/label/Baby%20Sling

tapi org kata sebab ring dia daripada plastik, susah sikit nak slide. tp rasa ok aje. kalau besi takut mudah licin pulak.

syok sungguh. nama Dr .... APGAR, terus bagi nama APGAR SCORE. Bila laa nak ada Theory de Qastalani ke, Qastalani Balance ke, Qastalani Equation ke... ekkekekekek

ezan berkata...

good info.. good job :) thank u for sharing..

ez berkata...

o yeke..thanx cat..info ni bagus..heheh

iNa berkata...

thanks...gud info..

mamaaerish : berkata...

aerish score 9/10.. alhamdulillah walaupn lps sbulan baru dr dpt detect yg injap jntg sbelah kiri dia lemah... sbb tuh la eb bersalin awal 3 minggu... air ktuban sbelah kiri kering.... alhamdulillah msk jer 9 bln jntg dia dh x der extra bunyi.... dr kata staun 3 bln nanti.. dia akn konfirmkan... doakan bersama yer... amin

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.