Jumaat, 13 November 2009

Cutest Baby in Nature by MBP


Dah lama tak join contest kat MomBloggersPlanet , maklum asyik ke sana sinun, jarang2 dah ada masa nak berblogcontest yg panjang2 heh...so, kali ni aku decide nak join contest ni...


Rasanye kebanyakan mom bloggers dah tau sgt tentang contest kat MBP nih...so, untuk info sila rujuk ke sini. Seperti biasa contest ini dianjurkan oleh MomBloggersPlanet dengan hadiah - hadiahnya disponsor oleh Alice Wonders dan Photobook Malaysia.



Tema kali ini ialah Cutest baby in Nature.

Baby's Name: Nurdayana Insyirah bt Zulkeflai (E-ein)
DOB: 18 Mac 2009


Gambar2 ni di shoot depan rumah kami kat Kluang. Memang kami duduk dalam kawasan ladang yang menghijau sebab mama E-ein kejenye kat situ :). Tiap - tiap hari boleh dikatakan dapat tengok pemandangan nature yang indah. Di waktu pagi, dapat lihat cahaya
matahari menembusi daun pokok-pokok sekeliling rumah.Di waktu petang dapat tengok pelbagai spesis burung-burung dan tupai mencari rezeki di sekitar kawasan rumah kami. Kat depan rumah selalu dapat tengok lembu dan kuda melintas(kadang-kadang b**i hutan pon lalu hish!)...kiranya E-ein beruntung sebab dapat tengok semua ni live, di mana sesetengah kanak-kanak terutama di bandar-bandar besar, jarang atau tak dapat melihat haiwan-haiwan ni semua melainkan kat tv atau kat zoo sahaja...

Antara pemandangan di depan rumah kami:


sunrise...pemandangan setiap pagi yg indah..

Mama: E-ein tgk tu,kuda....kuda...KUDA..
E-ein: Bbbuaaaahhh!

Mama : E-ein tgk lagi tuh...Bangau..bangau..BANGAU..
E-ein: Bbbbbbuaaahhh...(dia tau ckp ni saje heh)

Oh yang ini paling mencabar nak tulis...kenapa nature bagus buat E-ein?

Nature atau alam semulajadi adalah ciptaan tuhan yang sangat indah. Biarkan anak-anak bermain outdoor mengenali rumput yang menghijau, pokok2 yang gagah berdiri, bunga2an yang pelbagai warna dan juga mengenali unggas2 persekitaran. Biarkan juga anak-anak bermain di luar supaya semakin sihat disiram cahay matahari dan menikmati udara yang segar.Kalau anak2 asyik terperap di dalam rumah sahaja secara tak langsung akan menjadi naif ttg kepentingan alam semulajadi. Sekarang sudah jarang anak-anak menghargai alam semulajadi, bangun tido, pergi sekolah, pergi tusyen, balik ke rumah bermain game atau menonton tv jek.

Sebagai seorang ibu,
aku nak E-ein tahu menghargai alam semulajadi dan sama- sama mengambil tindakan menjaga nature apabila besar nanti. Dan juga semoga E-ein menjadi seorang yang berani mempertahankan alam semulajadi.Satu tindakan yang kecil seperti mengutip sampah atau tidak membakar sampah secara terbuka membawa kepada impak yang besar kepada nature jika semua bertindak sedemikian. Kita sebagai ibu bapa juga memainkan peranan dalam menjaga alam semulajadi dengan menunjukkan teladan yang baik kepada anak - anak dalam menjaga kebersihan persekitaran..Apa lagi yang nak diwariskan kepada anak-anak kalau bukan alam yang menghijau, udara yang segar dan persekitaran yang bersih?

adakah kita nak wariskan ini kepada anak-anak kita.....


atau ini?
dan ini?
Renung-renungkan..{i better stop before i babbled too much ;) }

..Photos above i found in Flickr..

Addik manissss..... senyum manis sikit kat Little Mama,mane tahu rezeki E-ein kali nih!

Good luck to all participants & to my E-ein!TQ to kak Ros ,admin MBP yang setia menganjurkan contest wpun bz! :) Tabik spring kat Kak Ros! (ikhlas ni kak tau, bukan bodek hehehe)

8 ulasan:

ezan berkata...

bestnya umah u... untung eein leh dpt tgk view yang indah camtu ari2.. :) good luck to eein. love the 1st picture. cantik!

Hanz berkata...

wah....untungnyer u cat, umah dekat ngan nature cenggini..how lucky you dotter too..good luck for this contest! Pro-photographer, gambar mestilah cun!

h4ni3 berkata...

me dulu pun duduk dalam hutan. sbb abah keje dgn felda. memang nyaman suasana. kalau pagi2, memang bercinta nak mandi sbb sebuk sangat. tp betul, duduk area mcm tu la byk ajar kita ttg alam sekitar. mcm my hubby, dari kecik duduk bandar, pokok rambutan/ durian pun tak kenal. hihi

good luck cat! gambar cun, sure menang la ni! :)

h4ni3 berkata...

oppss.. typo.. *sejuk

Gieyana berkata...

sungguh sonot kwsn umah ko...nak pegi ar nnt bleyy!

last photo ko n E-ein tue comeyy siut!

Ann berkata...

gud luck cat....ann rasanya kalau dpt snap gambor si Husin baru leh join..skrg ni dia bkn boleh tengok camera...kang mula ler buat muka takpun nak dimakannya camera tu...

Mimiamilia berkata...

duk kat kawasanhijau ni memang best.bagus untuk kesihatan gak..waa..teringat zaman kecik2 dulu kat kg

Diamilikku berkata...

hurm...susut betul eein...beza gambar satu ngan tiga..sungguh ketara..hilang pipi yang mbam2...oppss..out of topics plak..sorry...btw..gud luck for the contest

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.