Isnin, 22 Mac 2010

Tips fotografi mudah bagi mengambil gambar kanak-kanak





Tips yang aku jumpe semasa browse internet & aku translate utk senang korang baca.....kebanyakan tips di bawah memang ade aku dah apply kat gambar2 yang aku ambil.Tips di bawah adalah dari Kodak Website.Sangat2 berguna wpun anda pengguna compact/digital camera biasa.Insya Allah ade masa terluang next time, aku akan berkongsi tips fotografi aku sendiri :)..


Kanak-kanak selalu melakukan aktiviti bermain mereka. Ambillah gambar mereka setiap hari, bukan semasa melancong atau bercuti sahaja.Jadikan ini rutin anda.


Jadikan tradisi
Ambil gambar dengan kerap supaya anda boleh lihat perkmbangan anak anda. Ambil gambar anak anda masuk tadika/sekolah.Atau ambil gambar anak anda berlatarbelakangkan pokok yang sama.Dan anda akan lihat anak anda membesar berpandukan pokok tersebut.*My favourite tips




Bersabar
Anda tidak akan mendapat shot yang sempurna dengan sekali petik sahaja.Ambillah shot yang banyak..dan pilih foto terbaik dari kumpulan gambar itu.





Ambil gambar pada aras mata
Eye-to-eye contact adalah perlu.Kita perlu duduk di lantai atau tanah dan mengambil gambar dari perpekstif kanak-kanak, seolah-olah kita melihat dari perspektif mereka.




Ambil gambar kandid
Gambar kandid selalu mempunyai cerita yang menarik. Subjek anda tidak perlu membuat pose/gaya sepanjang masa.Ambil gambar kanak-kanak yang sedang bermain, berlari, memanjat dan lain-lain aktiviti.*My favourite no.2.




Bersama kawan-kawan
Jangan lupa ambil gambar kawan-kawan anak anda .Mereka akan mengimbas kenangan lama apabila melihat gambar ini ketika dewasa.




Dekat
Gambar potrait wajah sahaja adalah sgt menarik dan penuh ekspresi. Tetapi pastikan kamera anda mempunyai fokus jarak dekat(potrait @ makro mode), jika tidak, gambar itu akan kabur jika diambil pada jarak dekat.



Kunci fokus kamera anda
Pastikan anda memfokus kepada subjek, bukan latarbelakang, kerana ini boleh mengecewakan sekiranya gambar itu tidak ada copy yang lain!




Biarkan anak anda yang merakam
Dunia baru boleh dilihat melalui mata anak anda, benarkan mereka mengambil gambar mengikut perspeksif dan kreativiti mereka.Kamera pakai buang dan digital adalah pilihan terbaik untuk anak anda berlatih :).Mereka mungkin ada kejutan buat anda!



Tempatkan subjek anda off-centre
**my most favourite!Teknik ini menjadikan komposisi gambar anda menjadi menarik ,berbanding dgn susunan gmbr standard yang meletakkan subjek di tengah-tengah.Gambar akan jadi lebih menarik, jika latarbelakang adalah berwarna warni.Walaubagaimanapun, ini mungkin menjadi masalah bagi kamera yang mempunyai autofocus kerana, ia akan memfokus kepada subjek yang terdekat atau berada di tengah.Periksa manual kamera anda terlebih dahulu.


12 ulasan:

ザ-sylver-shooter berkata...

cmne nk ambek gamba baby senyum? ade tips tk?

Shareen Mohd Saleh berkata...

Bagus tips2. I dah lama minta fotografi cuma takda masa nak beli and belajar guna SLR. Setakat point and shoot tu lepas lah hehehehe...

dbalkis berkata...

tq for the tips.. Saya pun ni baru nak berjinak2 ngn slr.. Mohon tunjuk ajar mana2 yang patut

From The News berkata...

tips tips yang bagus..
thanks for sharing

CatlinaFly berkata...

sylver shooter: bagi sy ade beberapa cara nak amik gmbr baby senyum

1.sentiasa bersedia dgn kamera- snap terus bila baby senyum
2.agah la baby tu bagi dia senyum atau minta kawan agahkan sambil anda ambil gmbr..
3.let the baby do the things they like play with their toys or watch tv..my dotter suke tgk mickey mouse clubhouse, tgk kartun pun boleh dia gelak sorang2 :)

CatlinaFly berkata...

shareen: it's ok sha, guna kamera compact pun boleh..sy adalah pengguna olympus abah sy masa sekolah rendah,kamera konica compact masa sekolah menengah,digital kamera masa dah keje dan beralih ke DSLR bila dah 3-4 tahun guna digital camera dan juga camera handphone :)

CatlinaFly berkata...

dbalkis: sy masih consider diri sy amatur :)..insya Allah akan kongsi tips lagi selepas ni :)

CatlinaFly berkata...

from the news: sama2 :)

Yan berkata...

good info hehe..
yan mmg suke amik gambo anak byk2.. sebab dia selalu larik dari lens

:cahya: berkata...

great...

Nadiah Sidek berkata...

pernah jgk baca kat website kodak tu. mmg duk mencari2 tips fotografi sbb nak belajar ambil gmbr cantik2. thank you! :)

E.d.Y berkata...

mmg susah nak amek gamba budak2 ni

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.