Isnin, 5 Julai 2010

How not to get pregnant Part 2


Sorry meh..terlambat lak buat sambungan artikel ni :)...jom baca!Kaedah2 di bawah digunakan utk menjarakkan kehamilan bagi mereka yang:

1.mempunyai anak yg masih kecil dan belum bersedia utk mendapat anak seterusnya
2.mempunyai masalah kesihatan yang boleh meragut nyawa jika mengandung
3.perlu merantau jauh /berpisahan dgn pasangan, rasa tidak mampu utk menjaga anak berseorangan

dan lain2 sebab..

Image from Yahoo search

Seperti yg sy pesan sebelum ni, kalau dah rezeki, jgn lah tolak ye, sebab ramai lagi yang sedang menunggu utk mendapatkan anak....my part pulak, belum bersedia dari segi fizikal dan mental utk dapatkan anak kedua, sebab nak tumpukan pada E-ein dulu :)..tunggu dia lepas 2 atau 3 tahun kot hehehehe..

Kaedah perancangan keluarga..

6. Diafragma
  • Diafragma adalah getah berbentuk seperti kubah yang dimasukkan ke dalam vagina supaya menutupi serviks. Oleh itu, sperma akan dihalang dari memasuki serviks.
  • Ia mesti digunakan bersama-sama spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada diafragma.
  • Ia mesti dipasang oleh doktor.
  • Ia perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi.
  • Peratus kegagalan: 20%

Cara memasukkan diaphragm

Bagaimana diaphragm berfungsi.Walaupun bentuk dia macam mangkuk kecil, korang jangan sekali2 guna mangkuk kat dapur tu tau!haipp!

7. Kondom untuk wanita

  • Ia diperbuat daripada (polyurethane).
  • Ia ditempatkan di dalam vagina supaya menghalang sperma dari memasuki rahim.
  • Ia juga berfungsi untuk menghalang penyakit bawaan seksual.
  • Lebih mahal berbanding kondom lelaki.
  • Peratus kegagalan: 20%


  • 9.Kondom utk lelaki
  • Diperbuat daripada getah, plastik (polyurethane) atau membran semulajadi.
  • Ia menghalang sperma dari memasuki vagina dan rahim.
  • Membantu menghalang penyakit bawaan seksual.
  • Peratus kegagalan: 4%-10%


9. Mengikat tiub

  • Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh sampai kepada telur.
  • Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian daripada tiub.
  • Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm akan dibuat pada pusat.
  • Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual.
  • Ianya tidak boleh dipulihkan. Anda perlu pasti bahawa anda tidak mahu anak di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.
  • Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.
  • Peratus kegagalan: kurang1%


10. Vasektomi

  • Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau mengikat vas deferens.
  • Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius setempat.
  • Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di kawasan skrotum selepas prosedur ini. Pemakaian seluar dalam yang lembut dan longgar dapat membantu melegakan ketidakselesaan.
  • Walaubagaimanapun, anda masih perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan lain terlebih dahulu sehingga semen anda benar-benar bebas dari sperma. Analisis semen akan dilakukan 3 bulan selepas prosedur untuk melihat keberkesanan prosedur yang telah dilakukan.
  • Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual. Isipadu semen yang dikeluarkan mungkin berkurang.
  • Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana komplikasinya lebih sedikit.
  • Ianya tidak boleh dipulihkan semula. Anda perlu pasti bahawa anda sudah tidak berkeinginan untuk mempunyai anak sebelum menjalankan prosedur ini.
  • peratus kegagalan: kurang1%>

11. Kaedah berkala (Perancangan keluarga semulajadi)

  • Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina.
  • Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari.
  • Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9 (12-3) dan hari ke-17 (16+1) kitaran. Dalam erti kata lain, anda perlu menghindari persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan mengandung. (Hari pertama adalah hari pertama datang haid).
  • Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom boleh digunakan semasa persetubuhan.
Sekian, tazkirah di pagi Isnin..hehehe..byeeeee!!

6 ulasan:

~ziey~ berkata...

Informative! Thx... :-)

~ziey~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~ziey~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
doublezec berkata...

wowo..info menarik

Anje a.k.a Mama_Balqis berkata...

good info Cath...tq dear

Little Mama™ berkata...

ngeri je tgk semua alat-alat yg nak kena masuk dalam tuuut.. he..he

tapi kalau susah nak dapat anak lagi ngeri..macam2 alat canggih lagi untuk tolong buat anak ;)

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.