Rabu, 7 Julai 2010

Marble Cheese Brownies with DDL



Tarraaa....ni lah projek pagi tadi..masa E-ein tido, sempat aku menggodek kek ni ..sebenarnya E-ein masih tak sihat ni...aku pun dalam dilema nak cuti ke tak esok...tak sampai hati nak hantar dia ke pengasuh bila dia tak sihat..

Okess...jom layan cheese brownies ni dulu...resepi campur2an..aku main belasah jek.Kalau ada yang perasan, aku ni gemar buat kek coklat dan cheese...huhu..kek lain, tak teringin lagi nak membuatnye...lagipun Cg Fly pun mcm aku...suka choc and cheese.

Cookies base - tak buat pun takpe,aku letak supaya dulce de leche(DDL) tak jatuh sampai dasar loyang
10-12 keping biskut marie coklat
100g butter(dicairkan)

Gaul bahan di atas hingga sebati.
Lengserkan loyang kek (bulat boleh, empat segi pun boleh) dgn butter.
Letakkan bahan tadi dalam loyang, mampatkan.
Tutup dgn plastic wrap dan masukkan dlm peti sejuk sementara menunggu adunan brownies dibuat.

Brownies-rujukan dari Kak Hana, Along Roz
200g coklat masakan
1/2 cawan serbuk koko-tak ada stok kat umah ku
250g butter
1 cawan gula (aku letak 3/4 cawan)
3 bijik telur sederhana besar
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
dulce de leche - jika suka
badam cincang- jika suka

1.Cairkan coklat dan butter secara double boiler.Selepas cair dan berkilat, masukkan serbuk koko, kacau sebati.Ketepikan.
2.Pukul telur dan gula.Masukkan esen vanilla dan coklat cair tadi.Pukul sebati.
3.Masukkan tepung.Pukul sebati.simpan dlm 2 sudu besar utk buat lorekan pada cheese topping.
4.Tuang adunan atas cookies base tadi.Letakkan dulce de leche jika suka.Bakar dalam oven pada 175 darjah celcius, selama 20-30 minit.(hingga masak)

Cheese topping-amik dari Kak Hana
250g cream cheese
1 cawan gula
1 bijik telur
*takletak plain yogurt-(no stock)

1.Pukul cheese dan gula sebati.Masukkan telur dan pukul hingga berkrim.Ketepikan.
2.Bila bronies dah masak, tuangkan adunan cheese atas bronies.Ratakan adunan.
3.Pipe kan adunan bornies (baki) tadi atas cheese topping.Lorekkan guna pisau.
4.Bakar lagi selama 15-30 minit-sehingga cheese topping masak.
5.Tunggu sejuk baru potong.

Lorekan tgn aku yang keras..haih..

Lepas potong tak nampak sgt kehuduhannya hehehe

Nak beli payung comel?Klik lah sini!



17 ulasan:

Izan Ishak berkata...

cat...sedapnya! nak sikit~

umie berkata...

sedapnya kak cat...nak mint aresepi ni boleh?? umie suka cheese...

mummyseri berkata...

wah sedapni tambah2 ada cik cis tu..
simpan dulu resepi..:)

Nina Idharm berkata...

sejak akhir2 ni ramai lak yag wat dulche de leche (DDL) ni..sedap ke? cam mane rase dia ek?? :)

sally berkata...

mak aihhhh..tergugat keimanan nafsu makan..huhu

The Juggling Queen berkata...

amboi... rajin sungguh cat skrg..

kak ina kl berkata...

salam catlina...patutlah kakak kamu lama tak update..rupernya hb tak sehat yer..semuga bil dah sembuh sepenuhnya..

kecian kan bila bdk kecik demam..semuga dia pun cepat sembuh..


wah rajinnya buat dulce de leche tu..lamanya nak mengukusnya..cantik jugak brownies kamu tu..

Nadiah Sidek berkata...

ok la tu..kalau saya buat agaknya lg comot :p. tak brp nak fhm la cara nak buat corak atas tu. pipingkan memanjang ke mcm mana? (fhm ke soalan ni? huhu..)

CatlinaFly berkata...

izan , meh dtg umah, ada lagi ni..:).tak berapa selera nak mama sebab satu rumah sakit tekak dan batuk

CatlinaFly berkata...

umie:sila2..memang utk dikongsi :)

CatlinaFly berkata...

serI;hehehe....tak terlawan donut gebu awk lah seri..lagi mennggoda :)

CatlinaFly berkata...

nina: manis, lemak berkrim :).budak2 suka kot.sy suka bila masuk dlm kek.nak makan dgn roti, rasa mcm manis sgt :)

CatlinaFly berkata...

tcher sally: :)..hehe akak puasa ke?:)

CatlinaFly berkata...

paijj: idok jugok rajin..rajin baking je..masak2 lauk-malas hehehe

CatlinaFly berkata...

kak ina:Hehe>>update tetap update...selagi terdaya kak ina :)..tulah si kecik belum sihat..cian dia

CatlinaFly berkata...

nadiah: hehe..senang je..letakkan baki brownies tu melintang(buat garisan melintang) dari satu sudut loyang, ke sudut tepinya.pastu lorekkan guna pisau.ada masa kalau sy buat lagi, sy tunjukkan step by step ya...

@e_da berkata...

cat.. jom join giveaway mika

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.