Khamis, 26 Ogos 2010

Aku dah cakap..jangan kasi makan ayam...

Alergi bukan perkara asing buat E-ein.Sejak bayi lagi dia dah mula ada skin allergy dan eczema, terutama kat dada, bahu, leher, muka dan siku. Masa tu bermula dgn kes alergi susu lembu.Jadi memang agak pantanglah bila nak kasi dia makan.Ayam dan telur pun tak boleh.Naik gatal, dan mulalah dia menggaru sampai calar2/luka kulit.

Hari ni aku gi hantar nasi & sup kat E-ein waktu rehat tghari mcm biasa.Dari dapur umah "mak" dia, dia berlari2 ke arah aku.Tersengih2, tak berbaju.Pengasuh kata baru lepas mandi .Then, tgk dia tergaru2.Merah badan dari leher sampai ke perut.Tanda alergik ni.Aku tny "mak" E-ein, "akak kasi E-ein makan ayam ke?".Iya, katanya.Memang aku ternampak "mak " baru lepas menggoreng ayam kat dapur,utk tempahan berbuka masjid("mak " E-ein ni juga rajin amik tempahan kuih/lauk pauk cuma tak de lah kerap sgt dia amik order sejak jadi pengasuh ni).

Aku cakap, ni alergik ayam kak..lepas ni jangan kasi lagi(entah dah berapa puluh kali dah aku pesan).E-ein merengek2 gatal dan juga nak ikut aku balik.Terus aku sapu krim utk rashes yang kitorg dapat dari pakar kulit(memang ada simpan).Pastu suruh "mak" tidokan dia sebab memang E-ein ngantuk.

Hampir aku nak kerja half day sebab kesian tgk E-ein, lagipun dia peluk aku kuat2 bila aku nak ke pintu.Since dia nampak ok, takdelah sesak nafas atau batuk, aku gilah kerja mcm biasa.Sejam lepas tu call tny keadaan E-ein, alhamdulillah dah kurang rashes nye dan dia pun tgh tido.Adeh, buat aku risau betul!Aku tak delah salahkah pengasuh sgt..mungkin E-ein teringin ayam tu sebab tu dia kasi, kesian agaknye tgk E-ein dah mintak.Kalau aku memang berpada2 dgn ayam dan telur ni.Pernah kasi secubit je isi ayam KFC, terus naik rash kat bawah bibir!Memang kita kesian, tapi kalau anak2 ada allergy, kena pantang at least sampai umur 2 @ 3 tahun baru kita introduce makanan tu semula.

Ada 8 makanan utama penyebab alergi makanan.Ibu2 yang menyusukan badan pun kena alert, kalau anda lihat semasa anda amalkan makanan2 ni terutama telur dan susu lembu, anak anda bolleh mendapat alergi dari susu ibu, itu yang aku bacalah kat internet.

8 makanan utama penyebab alergi:(ada lebih 150 makanan penyebab alergi, tapi yang 8 jenis ni paling utama)

1.Susu Lembu
2.Telur
3.Kacang tanah
4.kacang dari pokok(almond, walnut )
5.kerang
6.wheat
7.ikan tertentu
8.soya(kalau kes E-ein, gantikan soya, jadi ayam!)

Sumber:WEB md

Tanda-tanda alergi pada susu lembu/makanan lain:

1.sakit perut/diarrheoa
2.hives(bintat2 kat kulit)
3.ruam pada kulit dan punggung
4.selsema
5.kembung
6.semput selepas makan makanan tertentu
7.bengkak pada bibir, muka
8.terasa leher membengkak dan saluran pernafasan jadi sempit(boleh sesak nafas kalau tak dirawat)

Sumber: baby food allergy

Luckily E-ein tak delah alergi kat soya..kalau tak confirm kena beli susu Karihome kot(susu formula dari susu kambing)...tapi insya Allah, kalau jumpa, nak try juga Karihome ni sebab ada kawan2 yg ada eczema /alahan kulit, katanye their skin gets better bila amalkan minum susu kambing.Cuma aku risaukan kalaulah alergi E-ein tadi sampai tahap semput/batuk, mesti E-ein leh sampai tahap demam lah nanti... .Wallahualam.

contoh gambar2 allergy to food(tak sempat ler nak amik gambar E-ein masa kejadian)

Sumber: Yahoo search
Kat bawah ni gambar E-ein masa umur 3 bulan: alergik susu lembu(masa ni masih BF + susu Enfalac)-nampak tak pipi E-ein agak menggerutu dan mata menjadi sedikit sepet.Tapi emmang bam bam lah masa kecik2 dulu!Lain kan muke dia?Masa ni seyes, tak tau pun kes ruam, gatal barair tu disebabkan susu lembu!


Bawah:Selepas diberhentikan susu lembu dan rawatan di pakar kulit(umur 3 bulan)



9 ulasan:

Tukang cerita berkata...

siannya dia...
peh ni, memang kn pesan berkali2, ingatkan pada pengasuh jgn kasi ayam lagi lah...kesian kat dia...mesti gatal, nak bagitau tak gheti lagi....

Cik Andam Hazlina berkata...

HK pun lina rase ada eczima la.. since dia 6 bulan.. bile makan something ada seafod sure muke n mata dia bengkak.. leps tu kulit belakang badn dia akan jadi kasar.. sapu momate oitment cream baru kulit back to normal.. yg tak best tu bile dah pesan she cant eat this n that takde org nak peduli.. at last kita jgk yg susah hati... geram je rasenya..

Yati Ali berkata...

salam cat, sianlah kat e'ein...mmg kena berhati2 kan nak bg makan...take care...

Miss Q berkata...

kitorg ms kecik2 dulu alergi kalo ayam dan seafood x fresh.

kalo dh e-ein byk kena pantang, mak ayah nye pun sama jugak laa kena pantang. krg anak tgk, kesian dia teringin pulak kann

Fiza Nordin berkata...

alahai syian kat e-ein bam-bam tu. moga tika ini e-ein dah sembuh ya...

Hanney Hanafiah berkata...

maiza,
nak tanye..if ruam rashes tu kat pp je..kat badan takde..adakah sebab susu lembu gak?

mummy_ayu berkata...

ala ya e-ein...alergi...kena standby je la cream ye..tak pe la..
cat...alat seremban tu ok..alamat ibu ayu..lagipun memang nak balis sban ari nie until merdeka...tq..tak sabar nak nengok life...

Wan Anie berkata...

Aiesyah dulu teruk juga eczema pipi tu xde tempat yg cantik, sampai bila jumpa orang xde nyer iorg nak cium dia... (selalu kan org suka kiss baby)

saya boleh faham apa yg catlina rasa sekarang sebab sya pernah alami dulu... org cakap, pengasuh bising macam2 hal....

alhamdulillah bila dah 2 tahun dan macam2 rawatan sebenarnya sebelum tu, keadaan ok dan sekarang aiesyah boleh makan apa sahaja.

plus sekarang ni aiesyah suka minum susu kambing yang ibunya minum, madu dan kurma semua dia makan.

YOI berkata...

Salam,
anak saya pon ade ekzema. alergi pada susu lembu dan telur. Dulu avoid ayam pada dia, sebab masa BF, bila kerap makan ayam, dia naik rashes. Tp skrg, Alhamdulillah dah boleh makan dah.

Tp tu la, bila takleh makan telur dan susu lembu ni, banyak yang dia kne pantang. Mostly mknn ade mende2 tu. Makanan yang sedap2! Kesian anak kita kan..tp takpe, moga2 dia ok bila makin besar..

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.