Rabu, 25 Ogos 2010

Karihome

Bila baca entry Wan @ Tintacomellote, teringat pasal susu Karihome. Ada rakan blogger pernah suggest aku beli susu ni.Karihome ni ialah susu formula dari susu kambing which is said better than susu lembu dan second to breast milk.Maklumlah E-ein pun ada skin allergy(cow' s milk allergy).Masa kawan tu(aku lupa dah siapa) suggest, Karihome belum berada di Malaysia lagi.Susah nak beli so aku batalkan niat nak mencuba.

Sekarang Karihome dah ada kat Malaysia.Kat farmasi di Kluang pun dah ada..cuma aku belum tau di mana alamat farmasi tu(nama farmasi diberikan di website Karihome Malaysia.)

Klik utk ke website Karihome

Tengah fikir, nak mencuba ke tak ye..sekarang E-ein minum Isomil.Masa dekat2 setahun dulu ada try lagi Sustagen tapi adalah naik gatal2 sikit.

Ada tak kawan2 yang dah pernah bg anak minum susu Karihome?Nak jugak tau kalau ade kelebihan susu kambing bg anak2 ni..kalau susu kambing segar tu , bg orang dewasa minum bolehlah.Dan...halal tak?Manalah tau sumber makanan kambing tu kan kita tak tahu...wallahualam...nanti aku nak cari farmasi2 ni dan tgk kat tin ada tak pengesahan halal, at least dari America Islamic Association mcm kat tin Isomil tu.

Tgk tulisan kat tin, buat aku was2 ni huhuhu,agaknye sebab yg ni utk pasaran Singapore kot

12 ulasan:

mila.ibunajihah berkata...

E-ein pun lactose intolerence ke Cat? sama la dgn Najiha. Mmg dr stop bfeed minum Isomil je, klu minum susu lembu jd CB. sy tak pernah jumpa Karihome ni,so tak dpt nak advice. Tp I wonder, bleh ke Toddler minum Susu Hi-Goat yg tgh popular skrg ni ye?

CatlinaFly berkata...

mila: e-ein ni kena cow's milk allergy..yang mana boleh beransur pulih selepas 2-9 tahun tapi kita kena ajar bg sikit2 susu lembu/yg ada lactose..bila naik allergy, stop dulu dan lepas tu kita practice lagi ansur2

kalau lactose intolerance, makan benda berasaskan susu lembu pun tak leh...dan biasanye seumur hidup tau...

ttg susu hi-goat tu, better tny pendapat doktor..:)

Wan Anie berkata...

pandangan saya susu kambing pure tidak dicampur dengan bahan2 lain selamat utk bayi, sama juga seperti susu lembu.

Susu kambing hiraq adalah pure susu kambing, kakak juga berikan pada anaknya yg berusia setahun.

masa dalam pantang, ibu pernah berikan susu kambing pada bayi yang demam kuning.

Yan berkata...

betul... kena semak betul2 status halal tidak..
mesti mahalkan susu ni

Wan Anie berkata...

catlina, pembetulan anak demam kuning tu ibunya yg minum susu kambing bukan bayinya... sorry lah kalu ada yg silap faham (salah tulis disitu) sebab bayi hanya minum susu ibu sahaja...

CuppyCakeMommy berkata...

trylah lina..better than susu lembu..second ranking compare to breast milk..tapi mahal gila kan susu kambing ni..satu tin tu harga 80+ camtu tak silap

chugie berkata...

la.. sy ingatkan kari td.. heheh :D

Ain berkata...

dah ada susu kambing untuk bayi erk....

akak tak pernah tahu pun ada jual kat malayisa ni....

Izan Ishak berkata...

1st time nampak susu kambing nama karihome, ingatkan nama resepi tadi.
izan pun tak boleh nak advise sbb anak2 sume minum dugro dari kecik sampai besar~~

Izan Ishak berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

anak saya baru masuk 1 bulan lebeh.. n saya bagi susu karihome nie.. bagi seawal umur dia 3 hari.. alhamdulillah tak kene kuning.. n skang pun dia sgt aktif, sistem penghadaman dia pun ok.. kulit pn takde alergic pape. tp mahal la sket.. sakit gak le bulan2. huhuh

Tanpa Nama berkata...

Mengikut nabi,susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana khasiatnya hampir sama.sbb itu nabi mengamalkan meminum susu kambing.jadi tiada masalah sbnrnya kalau anak juga diberi susu kambing segar sejak lahir.oleh sbb demikian sy juga bg susu karihome bermula umur anak satu tahun stgh.sbelum itu sy fully bf n pam pd waktu kerja.kini sy masih lagi bf jika bukan ofis hour.sy mementingkn zat n khasiat utk anak bdasarkan apa yg trbaik.hrga tolak ketepi.jika tak mampu boleh ambil susu lembu.di tin karihome ada tulis stage umurnya.jika dpt elakkan susu soya lbh baik kerana soya adlh dari tumbuhan yg boleh kita peroleh dr pemknn.berbanding dgn protein yg trkandung dlm susu manusia atau haiwan.di UK tiada susu formula utk bayi kerana kjaan UK mahu bayi diberi susu segar.susu segar adlh lbh baik kerana tiada pengawet utk tahan lama.jadi anda juga boleh guna susu segar,anak tetap bijak :)

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.