Selasa, 3 Ogos 2010

Seriau

Baru je malam tadi aku tgk video ni kat Facebook Cg Fly , hubby aku. Hari ni terjumpa entry di blog Mazidul Akmal.

Mula2 tgk video ni,aku maintain biasa2 je..biasalah tgk org gaduh/tgh marah2.

ku cakap kat Cg Fly.."macam dia nak tumbuk je cikgu ni..."

Cg Fly kata.."awak tgk lah jap lagi..."mula2 aku ingat Cg Fly main2 je...

Sekali tgk ending dia, berdesup darah aku naik..bukan sebab marah, sebab terperanjat...Wallahualam..berdasarkan percakapan video ni, aku rasa maybe di Sabah/Sarawak.Dan cikgu ni orang Semenanjung.Tapi apa2 pun, aku rasa macam, murid2/budak2 sekolah sekarang memang dan makin nipis rasa hormat tu terhadap guru.Salah siapa?Guru yang marah dan provoke student tu?Student tu yang tak makan diajar?

Bagi akulah, better cikgu tu tegur cara berhemah, beserta dgn seorang cikgu kaunseling..taku pernah hadiri kursus Train The Trainer yang mana fasi aku masa kursus tu cakap, kalau nak tegur kesalahan murid, tegurlah cara berhemah, panggil dia, talk slowly bg dia paham kenapa kita rasa dia buat salah, instead of marah2 dia dalam kelas, depan kawan/org lain...tapi kita yang memerhati ni,tak tau situasi sebenarnya...mungkin juga dah macam2 cara cikgu tu guna tu tegur student tu, tapi tak makan saman, itu yang jadi begini...?Cikgu dan student tu yang menghadapi situasi ni..so mereka lebih tau sebab musabab jadi mcm ni...

Cuba fikirkan...kenapa masa kita sekolah tahun 70an/80an/90an dulu, tak ada perkara mcm ni ye?Adakah kerana semakin canggih teknologi, semakin kurang nilai tatasusila?

Hmm..tak masuk berita tv pulak ye video ni?

Klik sini utk tgk video nya....

6 ulasan:

CuppyCakeMommy berkata...

bebudak skang mmg kuang ajo

Sidratul Muntaha berkata...

tengok dah.
mmg cikgu tu pun salah.
kenapa nak berkasara dgn student tu?
kenapa nak dilawan cakap.
dah budak tu tenagh setan naik kat kepala.
cubalah peluk dia n ckp mintak maaf.
ni kes cikgu cume mkn gaji buta.
ingt budak2 sekarang nak kena kasar?
cubalah berhemah ..
tak rugi pun..
ni tak,sikti2 gertak,sikit2 nak maki hamun.
Rasullah pun ajar kita berlembut dlm mengajar anak2..
aku punya pendapat?
cikgu tu yg salah.
siap rakam pastu gelak2.
yg dilawan ckp pun takmo mengalah.
mcm beso sangat.
budak tu tgh muda,tenaga tgh kuat.
mahunya pengsan kot cikgu tu kena terajang n tumbuk dgn budak tu.

Ain berkata...

risau pulak bila fikirkan anak2 yang bakal membesar dan bersekolah....

hopefully takde la yang berperangai tak senonoh dan kurang ajar...

huhuhu....

kak ina kl berkata...

sekarang ni pun cikgu stress tenguk kelakuan budak-budak sekarang..sabar ajerlah kan..

sya berkata...

hmm,
kena berada di situasi sebenar, baru boleh faham...
kadang, kita dah layan elok2, cakap lemah lembut, dia lagi naik kepala.. kadang2, macam dah habis cara nak tegur... tapi, takkan nak biar je kan?

Liza berkata...

mungkin pelajar tu dah byk kali ditegur...
mugkin cikgu tu dah puas menegur...
tapi tindakan guru tu memperbetulkan keadaan tidak kena pada tempatnya...

tegurlah dgn berhemah, bijaksana dan penuh rasa mendidik bukan sekadar membalas dendam...

pelajar memahami sama ada guru itu ikhlas membantu atau sekadar melepaskan geram...

:)

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.