Isnin, 16 Ogos 2010

Siakap masak...entah ye!

Sebenarnya tak sure kategori apa ikan siakap menu berbuka tadi ni.Asalnya nak ikut resepi Chef Kamarul(buku resepi yg aku baru beli last week kat Alamanda) tapi ada kacukan dgn dgn resepi kuah tiga rasa Kak Zana di sini.Hasilnya, sos nye tak pedas dan rasa masam2 manis lak.Lantakler, janji dah selamat masuk perut!hihi!

Siakap masak kacukan tiga rasa(Kak Zana's recipe) dan pedas zamrud(chef Kamarul's recipe)

1 ekor ikan siakap(dilumur kunyit , garam dan disalut tepung jagung & digoreng garing kemudian diketepikan seketika)

Bahan Sos

1 labu Bawang putih
1 labu bawang besar/merah
8 tangkai cili padi (aku letak ikut resepi Chef Kamarul, tapi tak pedas pun!)
2 sudu besar sos cili }
2 sudu besar sos tiram } ikut dan aku letak, tak ikut sukatan pun
2 sudu besar sos tomato }
2 sudu kicap cair - tak ada
2 sudu kicap lemak manis
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

(Tambahan: aku taruk lada benggala sebijik, tomato sebijik, hirisan nenas dan oyster mushroom sket)

Cara-cara buat sos

1. Tumis bawang putih dan bawang merah.Letakkan cili padi.Biarkan seketika .
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
3. Masukkan kicap dan sedikit air.Masukkan lada benggala, tomato hiris, nenas dan mushroom.
4.Masak seketika dan masukkan sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah.
5.Tuang sos di atas ikan siakap goreng tadi dan hidangkan panas.
Selamat mencuba!

Amik gambar tak sempat posing2kan ikan ni sebab E-ein mengaruk nak duduk atas kerusi makan..huhuhu

Aku tertarik nak beli buku ni sebab tajuk dia "Resepi 30 minit" hihihi

3 ulasan:

Ummi Aisyah || Cik Yah berkata...

Salam cat,
jom singgah tengok tungku moden kat blog saya

http://bintanghatiummi.blogspot.com/2010/08/tungku-panas.html

LyNn HaMzAh berkata...

nampak sedap...nyam nyam...

Mummy Dasy berkata...

w/pon xtau nama masak ape tp cam sedap wat meleleh saliva i ni...

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.