Isnin, 23 Ogos 2010

Siakap sweet sour

Lauk ni aku bawa balik ke rumah mertua(mak) last weekend.Baru teringat nak upload.Sekali sekala bwk buah tangan kan...aku ni jarang masak..kalau kat umah mak, memanjang maaakan jek...hihi..mak masak sedap..aku ni kira beruntung sebab mak mertua cukup memahami yang aku lagi suka buat kek dari masak2 lauk..tapi harap2 semua tu berubah..aku nak rajinkan diri masak lauk mulai skrg..

Bab ikan, goreng je mcm biasa kasi garing.

Utk sos, aku ikut resepi Chef Hanieliza.Moga2 kena tempias beliau, aku jadi bertambah rajin masak.
Sos sweet sour

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

** aku tambah: sedikit tepung jagung utk memekatkan sos.
Cara2:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
Masukkan juga cili potong, garam dan gula.**aku masukkan tepung jagung sket

Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.


Ikan ni terpeleot dlm tupperware..sos lak, terover merah huhuhu..yang bestnye, diorg puji leh tahan lah sweet sour aku...adik ipar makan pun bertambah hehehe

6 ulasan:

CikLilyPutih berkata...

nampak cam sedaplah cat. nak cuba gaklah. cilok resipi okeh!

rynas berkata...

wah menggiurkanlah

Sha@Mama Tina berkata...

nampak sedap la ina!

CatlinaFly berkata...

lily: sila2..sy pun ikut resepi chef hanieliza utk kuah sos tu

CatlinaFly berkata...

rynas: heheh ape saja kalau ada siakap, memmang sedap!

CatlinaFly berkata...

sha: hehehe siakap memangs edap!kalau goreng gitu pun sedap!

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.