Jumaat, 1 Oktober 2010

Dasar budak tak kenang budi




Legend:
Donny: Dr Donny, my colleague aka lecturer kat sini
Siva: Mr Siva, pegawai juga kat tempat aku ni, juga lecturer
Maizatul:ialah aku, lecturer juga kat my work place

Pa: exam amali
Ka:exam teori


Dear Alfie, aku tak halalkan ilmu yg aku ajar ko.Mentang-mentang dah grad, berani sungguh ye kau wahai Alfie.Kenapa tak mengata kami masa kau belajar kat sini?Takut ditangkap dan diberhentikan?Tahu pun takut!Alfie ni budak Sijil Kemahiran Malaysia kat tempat aku.Jarang aku mengajar diorg ni pun, setahun sekali je, itupun modul kelas aku cuma dua minggu.Dlm undang2 tempat kami memang hukuman utk penyebaran fitnah/menghasut/mengganggu ketenteraman akan diklasifikasi jenayah berat dan boleh dibuang!
Sebab tu bila dah grad baru dia berani buat statement lucah ni!

Utk pengetahuan kawan2, budak hingusan Alfie ni masa belajar pernah ditangkap kerana bersubahat mencuri harta asrama masa study(note ada yg mention pasal gantung asrama-peristiwa ni berlaku dlm awal tahun ni).Tapi dilepaskan sebab katanya dia terpedaya dgn kawan2.Oh ya , aku dan kawan aku dah buat repot polis anyway....Sekian!


***aku tak add FB diorg, ada org tag kat aku.Ini yang kita nampak, yang kita tak nampak?Lagi dahsyat mengata /mengutuk/memfitnah lecturer2 diorg agaknya!!!!!

**ini bukan kes pertama kat tempat aku..before this ade sorg staf dipanggil "tua sial tak sedar diri", kat FB juga....

*Bukan aku nak menghina student2 Sijil Kemahiran ni, tapi kebynkan mmg budak2 yg masuk sijil yg ni ialah minimum, fail PMR pun leh masuk!Sebab kita nak bantu mereka yg not very fortunate utk masuk universiti, dgn memberi ilmu real situation skill di mana pembelajaran diorg melibatkan 90% amali...so bab hands on aku memang salute kat budak2 ni sebenarnya.Cuma kadang2 diorg ni ada yang tak berapa pandai menulis dan membaca.Examnya pun 90% amali, 10% je teori...

Dan aku nak letak satu artikel Akta Komunikasi dan Multimedia yg aku jumpa kat internet tadi...
____________________________________________________

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/

20 ulasan:

~~Ciklinn~~ berkata...

hissshhh sgt melampau budak ni... mulut longkang... abis lah dia.. kalu cikgu dah marah mmg tak berkat apa yg dia belajar....

sabar yer...

syawalsimpsons berkata...

ya allah,sabar jee arr ngan budak2 ni...mmm....mmg mulut longkang 2

ryan'sluver berkata...

heee...krg ajar betul bdk2 skg, mcm dah biasa jer ckp benda2 mcm gitu, if dpt, tenyeh jer mulut busuk bdk ni dgn tahi kambing yg fresh tu...geram akak bdk2 krg ajar cmni..

Miss Q berkata...

Ha, amik kau! So budak2 ni dah tahu ke pasal laporan polis? Polis kata apa tindakan?

BUNGA berkata...

Ya Allah.. budak2 zaman sekarang mmng melampau..hisyhh.. x tau nak kata apa..

¥ α Ŋ α Đ z µ £ berkata...

budak2 skrg apa nak jadi, haihh geram la plak..

MeL MikaiL berkata...

hope bdk bangang tu kena hukuman..krg ajar betul!

hana berkata...

ishhhhh melampau budak nih! mmg tak gheti di untung! bagos na..amik jerk tindakan!

mummy_ayu berkata...

kureng ajarnye budak tu..dah la cat ajar dia..boleh lak buat statement cam tu dlm FB plak tu..

Izan Ishak berkata...

bagus tu cat dah buat laporan polis. hmmm...mmg kurang ajar betul dorg ni ye. betul tu, tu yg kita nmpk...yg tak nmpak ntah apa yg dia buat lagi~

Diamilikku berkata...

nih la budak2 zaman sekarang...cakap ikut sedap mulut ja..perasaan menghormati yang lebih tua tu dah tak wujud...ya allah..jauhkanlah sifat2 mcm ni dari anak2 kita ...be strong cat..dah buat report tu baguslah..

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

jahat gila..memang tak sedar dek untung btol kan..

Adlina Husaini berkata...

salam catlina, im sory for what had happened..

full of shame coz they're malays..

sabaq ye cikgu..semoga allah merahmatimu, always..amin..


latest entry familysempoi: period namun tetap ambil wudu'

kucingorengemok berkata...

amboi moleknya bahasa... tak fikir dulu sebelum buat sesuatu

~aSFaLiZa~ berkata...

student akak eh. tak tahu la kan budak2 ni. kata nak belajar tgi2. tapi suka2 je nak cakap benda kotor

Yati Ali berkata...

krg ajaq betul dia org ni.elok sgtlah tu dah buat report, biaq padan muka dia org ni...

sya berkata...

baguslah dah buat report.. memang patut pun...
budak2 sekarang ni, cakap/tulis main sedap mulut je.. patutnya kena bagitau sekali dia yang kita dah buat report. biar dia sentap sikit...

CatlinaFly berkata...

terima kasih pd kawan2 yg bg sokongan dan kata2 semangat..what do't kill you make u stronger :)..syukur sy ada kawan2 yg memahami dan menyokong sy...tq...love u all..

CuTeMiUt78 berkata...

iisshhhhh.. tak patut tau budak2 ni.. dah la tak berterima kasih... lagi nak kutuk2 lecture plak

Ely Hasrul berkata...

kurang ajar betol! dh mmg smpai memfitnah nih! ada tindakan selanjutnye ke? eeeii

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.