Rabu, 1 September 2010

Demam, Kinder Bueno dan E-ein

Huhu aku demam hari ni..sejak bgn sahur bdn dah rasa lain macam...bgn siapkan sahur Cg Fly jek, pas minum air aku tido balik( "cuti" bendera jepun today).Dan aku minta Cg Fly hantarkan E-ein ke rumah pengasuh sebab aku rasa tak larat.Jadinye, dlm kul 6 pagi E-ein dah ke rumah mak dia...huhu...terpaksa sebab nanti kalau aku tinggal dgn E-ein jek, takut aku tak sedar nanti dek kerana tak larat bgn dan sakit2 badan.

Petang tadi Cg Fly bawak aku gi klinik, dapatla mc dua hari.Dan doktor tu tanya kenapa heart beat aku laju sgt, aku kata sebab hyperthyroidism.Kena marah free, sebab aku ckp dah 2-3 bulan skip medication hehehe.Anyway aku ckp since I'm feeling ok, so that's why sy tak ambil ubat.Kena marah lagi hua hua hua....garang tul doktor ni..dan dia nak prescribe ubat, tapi aku tolak since dia nak charge aku RM84.Ubat utk thyroid tu kalau aku prescribe dari doktor yang aku biasa pegi, tak ler mahal cam tu.Baru Rm15 - 20 utk bekalan sebulan atau nak free, gi je amik kat hospital kerajaan.But then, kena amik ujian darah dulu utk tentukan tahap mana excess hormon thyroid(T3 dan T4 )dalam darah.Lepas barulah leh prescribe ikut keputusan ujian kan?Ni doktor tu terus nak kasi ubat lak tanpa check darah aku dulu.So sudahnya aku ambil ubat demam je lah...yang aku tak sukanya, cashier dia mcm nak paksa aku beli jugak ubat tu.Eh main paksa2 lak...confirm aku tak gi situ lagi dah kot.Esok, tgk camne, kalau aku ok, aku keje kot sebab ade meeting yang aku kalau boleh tak nak miss.

Alhamdulillah...so far E-ein tak jangkit pulak..dari abah dia demam, dia ok, pastu turn mama dia, pun dia ok.Kitorang pakai face mask dan masa abah E-ein demam, kami asingkan tempat tido.So, kali ni, E-ein kena tido dgn abah dia lah sebab abah dia dah sihat, aku lak demam.Ok, ape kaitan Kinder Bueno dan E-ein dlm entry nih?Tgk lah kat bawah...eeee tak puasa..hihi..



4 ulasan:

::Mamalyna:: berkata...

semoga cepat sembuh... kinder bueno tue memang sedap kan, budak suka, mak pak budak lagi suka,cam kami, ehhehe

LyNn HaMzAh berkata...

semoga cepat sembuh yer...

mummy_ayu berkata...

aik...cat plak demam...sian dia..get well soon ye dear..nak raya dah nie.....
e-ein tomel..sama la ngan budak 2 org tu..tak puasa...

Ain berkata...

moga cepat sembuh hendaknya....

sedapppnya e-ein makan cekelet...

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.