Selasa, 7 September 2010

Tangguh balik kampung......orang lain dah sampai kat kampung agaknya...

Alkisahnya kesinambungan dari cerita E-ein demam tu ari...

Sabtu ,4 Sept 2010

Demam E-ein makin kuat.Tak nak makan, tak nak menyusu,Sebenarnye memang kalau budak2 cam E-ein ni demam, biasa berlaku tapi aku risau sebab dia tak nak makan, tak nak minum.Jenuh pujuk minum susu, tapi minum seteguk, pastu dia nangis, terus tolak botol.Panasnya cecah 39 darjah celcius.Aku masukkan voren dan bg E-ein minum paracetamol syrup yg doktor klinik swasta bagi.Mcm dah kurang tapi E-ein merengek2 sepanjang masa.Masa tido je dia diam.Aku dgn MIL suspect, tekak dia sakit takleh menelan tu yang tak dapat nak makan dan minum tu.Cuma minum air masak dgn air ribena je baru leh dia telan.

Ahad, 5 Sept 2010

Pagi:
Dari malamnya E-ein tak lena tido.Tido sejam, dia bangun merengek2.Last2 pas sahur ,aku dan Cg Fly bawak E-ein ke Hospital Kluang. Doktor tahan dulu kat kecemasan.Ambil darah, pastu masukkan IV drip(biasa org kata , masuk air).Tiga kali nurse cucuk cari vein, baru berjaya.E-ein toksah cerita lah, dlm dia tak larat tu, dia meronta2, menjerit, gamat satu wad kecemasan tu.Last2 nurse bungkus sebelah bdn E-ein dgn selimut.Kiri kana, aku dan Cg Fly pegang dia .Pastu barulah berjaya amik darah utk ujian. Dlm 2 jam gak kat spital.Dari subuh sampai lah kul 8 pagi , result darah keluar, semua normal.Then boleh balik.Alhamdulillah masa dlm keta, dia mintak susu.

Malam:
Masih merengek2.Badan pun panas.Dah tengah malam lak tu, kami decide nak bw ke hospital lagi sebab masih belum baik.Dah sampai depan spital, E-ein tido nyenyak.Masa tu kul 12 tgh malam.(bertolak dari Bandar Tenggara kul 11 mlm).Tak jadi nak masuk wad kecemasan sebab kesian nak kejutkan E-ein yang baru boleh nak tido utk hari tu.

Isnin, 6 Sept:

Patutnye kami balik Kelantan dah seperti cadangan .Tapi tak jadilah sebab E-ein demam , belum baik.Tunggu dia sihat.Alhamdulillah, pagi ni nampak dah ok sikit.dah mula nak makan, dah mula nak minum.Tapi suara E-ein serak2.Kesan sakit tekak tu kot.

Biasanya E-ein ni kalau demam, dia masih boleh aktif bermain.Cuma kali ni yang lain sikit.Dia lembik selembik2nya.Manalah tak risau, dgn tak nak makan, tak nak minum, pastu tak boleh tido lagi.Bila dia dah mula aktif, kami dah rasa lega sket.....

Selasa, 7 Sept(hari ni):

Dah sembuh sepenuhnya.Mula nak berlari2, melompat2, menjerit2 dgn Auntie dia.Plan nak balik Kelantan esok(hari Rabu)...

Tq kepada kawan2 yang sudi jenguk dan ada bg kad raya..belum sempat nak tempek kat sini.Ini pun tgh sibuk berkemas utk balik esok..baru siap kemas beg baju.Pastu nak alter kain baju raya E-ein pulak..harap2 sempat siap...Esok nak bermalam kat Kuantan.Ingat malamnye kalau tak penat,nak gi shopping complex beli kasut raya E-ein..huhu last minute betul.Sebenarnya kasut E-ein yang dah ada tu tercicir masa gi buka puasa kat luar....

Semoga selamat semuanya perjalanan kami esok..amin.....

Tiada ulasan:

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.