Isnin, 25 Oktober 2010

Pegang anjing dan babi:haram atau najis?

Maybe ada dah tau aku ni doktor hewan aka doktor veterinar...salah satu skop kerja veterinar ni ialah small animal medicine atau dlm bhs melayu, perubatan haiwan kesayangan.Haiwan kesayangan terdiri dari pets yg biasanye dibela di rumah, termasuklah kucing, anjing, arnab, hamster, kura-kura, iguana,ular dll.In fact kalau anda bela seekor kambing dlm rumah pun boleh diklasifikasi sebagai haiwan kesayangan.Tapi biasanye yang paling glamer ialah anjing dan kucing.So masa kerja di bidang haiwan kesayangan dulu(skrg aku keje bhgn lembu,kambing dan bebiri),memang tak leh elak, mesti akan pegang anjing.Kadang2 (selalunya tak pakai glove) , sebab nak buat palpation lagi bagus pakai bare hands jek.Kalau ade penyakit zoonotik(berjangkit kepada manusia)dan buat surgeri, barulah pakai gloves.

Kredit kepada: sini

Kes sentuh babi lak, sebab memang akan ada veterinarian yg bertugas di bahagian babi atau swine ini.Tak silap aku, kerja veterinar ni boleh dikira sebagai fardhu kifayah kot.Sebab kami menjaga kebajikan haiwan, untuk kesejahteraan manusia.....kadang2 org panggil doktor binatang or doktor lembu or doktor kambing....tetapi kena ingat ye, kalau tak ada doktor lembu ni siapa nak gi buat inspection daging lembu/ayam/kambing selepas sembelih supaya selamat utk korang makan?Siapa yang turun padang gi tangkap dan lupuskan ayam & babi masa selsema burung & penyakit JE tgh jadi wabak? :) kitoranggggg jugakkk nyahhhh!:)....Sekian...




Terima kasih ustaz!

Krisis Identiti...:)

9 ulasan:

suffer8zine berkata...

boleh pegang x de masalah kan, cuma kena samak je la lepas pegang

Terkini : Keputusan penuh Festival Filem Malaysia ke-23

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

Bukan saja-saja nak pegang, dah memang kerja kan.Tapi yang haram tetap haram hukum dia, so kena ikut syarak la mcm mana nak menyucikannya balik.

CatlinaFly berkata...

suffer8zine: betul ;)

CatlinaFly berkata...

eliss: anjing haram dimakan elis..bukan haram dipegang . begitu juga babi..

so kedua2 haiwan ni bila dipegang, dan bila dipegang tu salah satu pihak terkena yang basah(air liur , poopoo dia air kencing, or kita yang berpeluh) ia jatuh hukum najis dan kenalah samak..kalau pegang kering, tak payah samak pun..:)...

itu yg sy nak tekankan..ramai org kita silap bila masuk bab haram dan najis..sedangkan kedua2 hukum ni adalah berbeza..

mummy_ayu berkata...

betul tu..kalu dah jadi doktor haiwan nie..memang la kena pegang...kira tanggungjawab la kan...

Ain berkata...

dah memang tuntutan kerja cat macam tu nak buat guane kan, yang penting bila dah sentuh kena la samak sebaik mungkin....

mariaariffbaby.com berkata...

if ada reason sebab tugas ..tuh dah lain..but samak tetap samak kan..

but if ada yang saja2 pegang and then leh posing tanpa rasa bersalah tuh la yang buat umat islam marah tuh..

Tanpa Nama berkata...

salam..tapi kan kenapa org tak marah kalau yg bukan muhrim tu dok pegang2 kan...? yg tu lagi patut elakkan.

kakyong berkata...

baru tahu catlina koje dr veterinar...

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.