Selasa, 15 Mac 2011

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

Baguslah..cuma aku kesal juga kenapa tak haram kan botol PC @ BPA lebih awal...btw, sejak lahir , boleh dikatakan E-ein tak pernah guna botol PC ni(siap ada org kasi hadiah-dlm hamper brgn bayi, aku tak guna pun..sorry tau...).Itupun sebab ilmu yang aku dapat dari blogging juga, bahawa botol BPA/PC ni tak bagus.


Memang aku beli botol2 BPA free utk E-ein, dan akan berganti baru selang 3-4 bulan.Biasanya aku beli cap Pureen( 3 botol RM24.90) atau cap Fiffy(RM15.90 sebotol).Pernah juga beli brand MAM, dan Avent(dlm RM28 and above) tapi E-ein tak suka botol wide neck so aku stick dgn botol saiz standard.Botol PC ni memang murah..kalau saiz 6 oz tu, RM5.90 dah boleh beli satu.Dan yang 9 oz biasanya harga dia baru RM7.90 ke atas.Murah memang murah, tapi bayangkan PC tu mudah terkakis bila kerapkita bancuh susu yang pastinya guna air panas,pastu anak kita telan dan masuk dlm sistem darah.Pulak tu BPA ni lebih kurang mcm hormon estrogen, tak pasal2 anak2 dapat ciri2 jantina sekunder mcm tumbesaran buah dada dan sistem pembiakan matang pada usia awal lak....kan dah haywire sistem tumbesaran budak tu nanti...bagus juga siap masuk berita.dan Cg Fly siap cakap dgn aku, "apekebenda BPA, PC ni?Cuba terangkan sikit?"Alhamdulillah aku tau juga walaupun sikit2 leh gak bg info kan...

(Gambar dari Berita Harian Online)

2011/03/14

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hello friendѕ, its gгeаt post about teachingаnԁ entirely explаined,
kеep it up all the tіme.

Stop by my page :: Bauchmuѕkelübungеn -
-

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.