Jumaat, 25 Mac 2011

Kluang Rail Coffee tak halal: Luahan Pemiliknya

This is not my article..syabas Saudara Hazrey kerana inisiatif beliau menghubungi pemilik Kluang Rail Coffee!Aku copy & paste dari sini yeah:

Lanjutan dari entry terdahulu, it is only right that the report on the issue is impartial, maka I took the liberty to call the owner of Kluang Railway Coffee himself malam tadi.

Sejak 1938, mereka sudah berniaga di stesen keretapi daerah Kluang dan rata rata majoriti pelanggannya adalah umat Islam.

Penyebaran maklumat mengenai wujudnya kandungan babi dalam kopi mereka turut memberi impak kepada bisnes kopitiam itu apabila berlaku penurunan jumlah pelanggan beragama Islam malah pemiliknya yang aku hubungi jelas menggambarkan kekecewaannya.

"We have been in business for 73 years, and it is stupid for us if we were to add such prohibited element to our coffee.

"It will be a huge disrespect to our Muslim customers who have been our patrons eversince," katanya.

Dia turut menerima sms mengenai desas desus itu malah turut bergegas ke Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dan laporan analisa sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, 95 peratus pekerjanya beragama Islam dan begitu juga dengan tukang masak mereka.

Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.

Dan hari ini (Jumaat) pemilik kopitiam itu dijangka bertemu dengan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan apa jua hasil perbincangan itu, dijangka dapat membuka jalan kepada penyelesaian isu ini.

"It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.

"Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.

"Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pemilik itu yang fasih mengenai tuntutan Islam melalui perbualan telefon itu tidak menolak kemungkinan untuk melakukan samak dengan segera jika benar terdapat kandungan haiwan yang diharamkan Islam. Beberapa pakar perundingan proses halal sudahpun dihubungi malam tadi bagi bersiap sedia jika keputusan yang diperolehi tidak menyebelahi mereka.

Dia yang masih terkejut dengan perkembangan itu turut berkata, jika benar terdapat kandungan seumpama itu, dia merasa amat kesal kerana dia turut menjadi mangsa kepada pihak ketiga yang membekalnya bahan yang mengandungi gelatin haiwan itu.

Dia juga tidak menolak kemungkinan untuk memberikan penjelasan rasmi melalui media sebaik bertemu dengan pegawai Jaij dan pakar perunding Halal nanti.

Aku sempat berbual dengan Ustaz Azhar Abdullah mengenai isu ini dan dia memberikan satu persoalan yang boleh diperbincangkan antara najis (impure) dan taahir (pure). It is the question of the fiqh principle of Istihala. (wallahualam).

What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling."

Apapun, kita perlu menunggu apakah hasil perbincangan antara pemilik premis itu dan pegawai Jaij hari ini (jumaat).

Dan kita, perlu menunggu jawapan dari kedua pihak. Jabatan Agama Islam Johor dan pemilik kafe terkenal itu.

Note:*Sharing is Caring....kita tunggu jawapan kisah ini...(aku pon tak sabar neh)..baguslah pemilik Kluang Rail Coffee bersedia nak explain dan clearkan isu nih..memang client dia ramai org Islam pon!

10 ulasan:

Mama Zharfan berkata...

tq cat for sharing
baguslah kalau ownernya concerned, masih boleh diperbetulkan even kalau coffee tu tak halal pun. yg psl kaya ada alkohol tu mcm mana plak agaknya

bonda dadif aka akish berkata...

aha....bior jelas semua....info menariks..
=)

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

tq for sharing.kesian diorang kalo btol tiada campuran benda haram tu..

nba-Nur berkata...

Sangat terkejut dengan berita ni. Sudah semestinya akan mendatangkan kesan pada jumlah pengunjung ke kedai tu. Kenapa la perkara macam ni boleh terjadi? Harap siasatan dan penjelasan dibuat segera. Sensitiviti umat Islam kena la diutamakan, jangan hanya fikir untung je.

transformed housewife berkata...

tak pernah tahu kewujudan kedai kopi ni pun. huhu. Maybe sbb Knur bukan peminat kopi.

kak ina kl (2) berkata...

akak c and paste ek catlina

*cik cilipadi_hafizah* berkata...

ini memang isu panas.
Kat Kluang ni,. yang resah pelanggan setia diorang...hari2 tak pernah miss nak pegi..em..

Emy Omar berkata...

Cat..thanks for sharing the good info..kesian pada owner to kalau berita yang tersebar luas ini adalah palsu kan..

sW33tdARLiNG berkata...

sepatutnya dah keluar keputusan kan..? td dah baca kat 1 blog, ada attachment fax bertarikh 25 Mac...

mariaariffbaby.com berkata...

hope owner cafe ni buat sesuatu
and dia harus ingat...jangan ingat org islam ni mudah diperlekehkan

once org islam tahu ada b*** at his product, bisnes dia leh bungkus..disebabkan customer bisnes dia sekarang majoriti org islam

ni pun untuk reminder cafe-cafe yang lain.

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.