Selasa, 15 Mac 2011

Thailand Day 2:Korat @ Farm Chok Chai-Lunch At Bum Bandhan Cafe - Honey Factory - First Hotel Bangkok

Hari Kedua:Ready for main purpose of this visit...melawat @ lawatan kerja ke Farm Chok Chai, antara ladang lembu yang sgt2 advance dan maju di rantau Asia Tenggara....kiranya mcm sesi perkongsian ilmu dan juga sesi pembelajaran pendek dgn diorg....

Bangun pagi, sarapan, dan keluar hotel..baru nampak , mcm ni rupanye hotelnye waktu siang....

Bekalan..beli di 7-eleven

Farm Chokchai

Ditubuhkan pada tahun 1957 oleh Mr Chok Chai, seorang pemuda yang bercita2 nak jadi koboi masa kecik...wah memang tercapai cita2 nya...tak silap aku, ladang Chok Chai ni ada 10 ribu ekor lembu pada satu2 masa...main product mereka, susu dan produk keluaran tenusu mcm aiskrim jenama Umm...milk! (atau klik sini utk review dari sorg blogger yang aku jumpa)dan dadih.Dan juga ada agrotourism (boleh belajar perah susu lembu, dan juga membuat aiskrim dan dadih,juga ada tapak perkhemahan kanak2/dewasa utk program sekolah/pejabat )di sini...memang genius Dr Chok Chai(skrg kata staf beliau, dah ada title Dr...amik Ph D kot..)..anyway, leh rujuk website diorg kalau nak maklumat lanjut yeah...www.farmchokchai.com


Sesi discussion dan short presentation oleh wakil Farm Chok Chai, Mr Emil Kapchap


Dibawa berjalan2 mengikut program tour Farm Chok Chai


Gadis Thai... orang ambil gmbr lembu, aku lagi suke ambil gmbr orang..hehehe..



Lasso dan gun handling show

Pet show


Budak2 tadika ni memang menceriakan suasana..rombongan sekolah ni..

Mengabiskan duit di souvenir shop Farm Chok Chai-aku curi2 ambil gmbr nih

Bumbandhan cafe

Makan tengahari di sini..tak sure daerah mana, yang aku tau, otw dari Korat ke Bangkok...marvellous sungguh lauk2 dia..kafe milik owner muslim Thai...


Tom yam lagi mehhhh!

Honey factory
Kilang menternak lebah dan memproses hasil lebah iaitu madu...ada mcm2 produk termasuk lebah asli, susu lebah, balm duri lebah, sabun muka dari madu, sabun badan, serbuk dari susu lebah etc...aku beli sabun muka je tiga ketui nak kasi mam, mak mertua dan my sis, Ultramama yang dah tak aktif berblog itu..hua hua....aku tak beli madu asli/madu, sebab kalau benda yang kita boleh jumpa kat Malaysia, bagi aku tak yah beli kot...lebih kurang je kan....




Testing air madu lebah


Tak sedar dah malam rupanye..dlm kul 7 petang kami bertolak utk check in ke hotel kedua di Bangkok


Menghilangkan kebosanan dlm bas..testing light trail without tripod!Huhu...tgn gegar lah..

Bersambung..adess...bilalah nak abis nih hehehe..tungguuuuuu!

8 ulasan:

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

tak belajar buat aiskrim ke? :)

CatlinaFly berkata...

eliss: hehehe buat sendiri je kat rumah wakakaka...tak sempat belajau sebab masa terhad..cuma half day je kat sini...:)

kak ina kl (2) berkata...

dah hilang penat ker belum? Gi Thailand memang best..tapi payah nak cari makanan halal kalau tak pandai nak cari.

tak perlah e-ein tu kena tinggal. Bukan tinggal dengan orang lain tapi dengan nenek sendiri.

mariaariffbaby.com berkata...

beshnya!!!

picture pun lawa!!!

mummy_ayu berkata...

best tu..jenjalan...sambil kerja....

CatlinaFly berkata...

kak ina: penat lagi ni..kaki sakit..tak sempat try thai massage tu ari hahaha

CatlinaFly berkata...

maria: ;) tak puas jalan, tapi tak sabar nak balik..huhuhu

CatlinaFly berkata...

ayu: hehehe bab jalan2 tu yang best kih kih...syukur diberi peluang ke negara org...;)

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.