Jumaat, 1 April 2011

Semak Gula..korang dah try?

Kebelakangan ni diwar2kan di televisyen tentang kempen kesedaran kandungan gula dlm susu tepung anak2.....

So aku pon tak ketinggalan la nak try kira...

1.Gi ke www.semakgula.com.my.
2.Gi ke sugar calculator(ada demo camne nak guna kalo tak reti cam aku hihihi)...sila ikut umur ye..ada 1-3 tahun dan 4-6 tahun..
3.Utk kiraan pertama, aku tgk kat tin susu Isomil for 1-10 years old children(e-ein punyelah)...ada 22.7g karbohidrat dlm 1 serve size= 260ml air + 40 g (4 scoop )susu..result dia...4.Utk kiraan kedua, sebab kadang2 aku just bg 3 scoop je, sebab E-ein selalu sembelit...means ada lebih kurang 17g dlm 1 serve size=260ml + 30g susu..result dia...

So, aku pun amik inisiatif nak search "no added sugar in growing up milk powder".Satu carian dlm world wide..satu lagi dlm Malaysia je...hasil carian aku....from top to bottom yea..(either memang takdek gula langsung atau kurg 20% gula dlm satu serve size):

Karihome(nih susu kambing-produk New Zealand)
Karicare Milk for toddlers(produk New Zealand juga. not sure lembu ke kambing)
Anmum(depa claim, no added sugar langsung!)-ye ke ni?
Snow Brand
Everyday Growing up Milk
Biogreen(satu brand baru yang aku jumpa...wallahualam keluaran mana tak tau..)

SAYUGIA diingatkan, ini adalah hasil kajian rambang aku berdasarkan keyword yang semakgula.com.my yang bg kat dlm web diorg yeh...utk maklumat lanjut, korg kena gi kira sendiri ikut serving size anak2 atau nak lebih lanjut, tny doktor atau pakar pemakanan...

Aih...susu Isomil E-ein ni rege dia RM68 setin dah skrg..(tahun lepas baru RM63).Nak tukar ke KariHome?Setin 800g harga dia RM85!Tapi E-ein mcm dah kurang minum susu skrg sebab dia byk makan...cuma mlm je dia leh minum sampai 2-3 kali bgn minum susu.Isomil ada dlm senarai halal JAKIM, Karihome?aku tak sure..kene cek dulu nih...So, buat masa ni, aku tak plan nak tukar susu lagi ye..

*sedar tak sedar kita memang dah bg gula pun dlm mknan anak2:coklat,candies, jus dlm kotak,air kotak,air sirap lah, milo etc...oh ya.,.kalau nak diikutkan, nasi tu gula juga(dlm nasi ada karbohidrat, karbohidrat pecah jadi gula glukosa sebelum absorb dlm darah utk jadi tenaga...and we all does need sugar as energy dlm bdn kan??kan?hmm..marketing strategi kot...)

7 ulasan:

suffer8zine berkata...

nk semak skg la

Terkini : Apa Itu April Fool?

OneSimpleMother berkata...

karihome less sugar ye..? alhamdulillah.. nak kira tapi tak reti. dok belek2 label dia tu. hehehe..

luqman semenjak keluar hospital sebab usus terbelit sebab cirit birit terlalu lama terus akak tukar ke karihome. alhamdulillah serasi dengan dia. kat sini ada jual kat farmasi dapat diskaun 20%. jatuh harga rm71.90.

karipapsayur berkata...

bagus e-ein da start makan byk. Qaiser masih lagi mode main2 makanan

EZAN IDMA berkata...

nak semak nak semak

mila.ibunajihah berkata...

najihah pn minum isomil, tak tau da nk opt susu apa utk lactose intolerence ni, mmg ada brand lain, tp takut susah nk jumpa kt kemaman. apapun, i do agree yg sukrosa tu akan jd sumber tenaga utk kanak2 aktif yg sedang mbesar.tawakal je lah.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju ngan kenyataan Catlina..Mungkin ia adalah marketing strategy? Kalau tiada gula tambahan dalam susu, apa plak alternatif yang digunakan dalam kandungan susu tersebut? Gula semulajadi? Gula tu gula jugak le!Gula tambahan ke atau gula semulajadi ke - gula is still gula :P ! Nampak sgt mktg giler ni!....sebagai ibu bapa kiter kenalah duk perhati apa yang dimakan oleh anak kiter,sebab sumber gula tu bukan sahaja daripada susu, ia terdapat dalam pelbagai jenis makanan bukan? nasihat parents jgn cepat percaya benda benda cam ni, kena buat research dulu!

Itdzma berkata...

Cik/Tuan Tanpa Nama - setuju sangat dengan pendapat anda - marketing giler tahap Gunung Himalaya la nie!! Anmum cakap tipu ke benar ke..?tengok la nie :))) http://www.marketing-interactive.com/news/26444.Dakwaan yang dibuat Anmum sememangnya memesongkan!

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.