Isnin, 23 Mei 2011

Nausea gravidarum (morning sickness)

Kalau org peknen, tak leh lari dari morning sickness, walaupun loyanya bukan waktu pagi je ye...ada jugak yang beruntung takdek morning sickness...

Masa peknen kan E-ein dulu, morning sickness aku start masa preggie 2 bulan sampai bulan ke4 baru stop.Itu pun ada certain bau aku tak leh tahan sampai lah dah bersalin pon, contohnye bau apa2 perfume /mandian/pencuci pinggan ke yang berasaskan apple dan juga bau perfume bungaan2, buat aku pening!

Peknen kali kedua ni, morning sickness aku start awal.Dlm sebulan setengah gitu dah start.Biasanye menjadik2 kalau time gosok gigi pagi2.Sakit tekak/perut segala wooo sebab muntah air je,bgn pagi perut kan kosong.Tak gosok gigi kang aku sendiri tak tahan kalau mulut berbau!Kadang2 kalau malam lepas makan kan, nak gi basuh pinggan kat sinki, bau2 sinki tu pun leh wat aku buweeekk terus...sayang betul tgk nasi lauk semua terkeluar, pastu dah lapar balik huhuhuhuhuhuhu!!!Mcm fobia je nak masuk dapur nak basuh pinggan ke nak masak ke...ayoh...

Okeh, ni yang aku Wiki2 kat Wikipedia..kjenapa org ngandung ada muntah2/loya aka morning sickness ni kan...:
  • Peningkatan hormon estrogen
  • Rendah gula darah sebab fetus menyerap tenaga dari ibu.
  • Hormon progestrone yang merehatkan otot rahim utk mengelakkan pintu rahim terbuka menyebabkan otot perut dan usus juga lebih relaks. Acid reflux dari perut ke tekak mudah berlaku danmenggalakkan kan keadaan loya.
  • Kehadiran HCG (human chorionic gonadotropin) yang menyebabkan ovari wanita mengandung meningkatkan rembesan estrogen yang menyebabkan rasa loya.
  • Peningkatan sensitiviti terhadap bau, menyebakan rasa mudah loya.
  • Peningkatan bilirubin, oleh hati(liver).
Teori ni pulak belum dibuktikan secara saintifik.Tetapi

Morning sickness dikaitkan dgn evolusi genetik yang melindungi fetus(janin) dari bahaya menyerap toxin dari ibu. Manusia dewasa mempunyai sistem hati yang lengkap utk membuang toxin dari badan, Tetapi pada fetus, ghati belum terbentuk dengan sempurna, dan terdedah kepada bahaya toxin. Oleh itu, sedikit toxin dimakan ibu, walaupun tidak merbahaya kepada ibu, ia akan menjadi bahaya kepada fetus. Dikatakan, ibu mengandung mengalami loya terhadap makanan tertentu kerana, makanan itu berbahaya kepada janin, walaupun tidak merbahaya kepada ibu.

Bukti2 yang menyokong teori ini:

  • Morning sickness sgt kerap berlaku di mana ia dikatakan mempunyai fungsi fisiologi
  • Janin akan mula mempunyai perlindungan terhadap toxin pada usia kandungan 3-4 bulan ke atas, di mana sistem dan organ badan sedang mula terbentuk, iaitu sama dengan tempoh morning sickness(3-4 bulan@ first trimester)
  • Terdapat kaitan di mana, makanan yang bertoxin, akan mempunyai bau yang kuat, dikesan oleh ibu mengandung sahaja yang boleh menyebabkan loya.

Dikatakan juga mengikut teori ini, ibu yang tidak mengalami morning sickness, ada kemungkinan utk miscarry kerana mereka cenderung utk makan apa sahaja kerana mereka tidak mengalami loya/alahan terhadap makanan tertentu.

Ok, so, if ada nutritionist/gynaecologist/human doctor yang baca entry ni, mintak tolong komen yeh?Maklumlah aku ni doktor haiwan kan, so far tgk kucing/lembu/kambing bunting, tak pulak tgk diorg(diabinatang?) muntah2 hehehehe......satu hal lak nak bg diorg makan asam keh keh keh...

Oh ya, sekarang aku sgt benci ayam, tak kiralah, ayam goreng ke, sup ke, rendang ke, masak lemak ke, KFC ke...adui...pikirkan pasal ayam pun buat aku nak termuntah!(tapi E-ein suke sgt ayam goyeng..huhu )..

Dan..jgn biarkan perut kosong, sebab perut kosong selalu wat kita bertambah loya...mkn biskut2 kering or cheese crackers in between meals.Kalau makan pun, jgn kenyang sgt sebab pun boleh sebabkan loya gak!

6 ulasan:

nasazfrog... berkata...

kalau kite skang ni langsung tak leh bau yang goreng2... yup... tak kira masa loya... tak tahan tapi kena tabah...

mummy_ayu berkata...

ayu dulu masa pregnant kan Ian..morning sickness kejab aje..masa Iris..sampai ke bersalin..
pas tu..mas Ian, takde mabuk apa sgt..
masa Iris..memang tak suka makan nasi & bau nasi tgh masak tu....mula2 la...
pas tu yg lain semua ok..
kesimpulan yg Ayu buat..lain cara mabuk tu..lain jantina..boleh ke kira macam tu? he he he..

wahida berkata...

semoga sis dpt harunginya dgn sabar ye...banyak pahala tu, insyaAllah...

Nur-nba berkata...

Banyaknya info.. Walaupun Nur belum pernah melaluinya.. (hopefully one day ada rezeki untukku.. ).

Hope Lina bersabar dengan ujian.. InsyaAllah lama2 ok la tu nanti.. Take care ye..

transformed housewife berkata...

mmg takde bukti secara saintifik pasal loya dan mabuk2 masa mengandung. Cuma mmg keadaan hormon kita yg tak stabil tu yg menyebabkan tekakk kita rasa tak sedap. Knur bukan doktor pun tapi itu yg Knur dah baca sblm ni.

mummy darwishes berkata...

thniah catlina..hepi tau ttg ur 2nd pregnancy....nk menyusul plak la lps ni..hehehe.....anyway..tc k...

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.