Isnin, 15 Ogos 2011

Berpuasa ketika hamil part 1

Photo from here

Just nak share info dari Babycentre Malaysia , since Cg Fly risaukan aku duk berpuasa ni, takut tak cukup zat.Alhamdulillah, so far dlm 14 hari Ramadhan ni, secara jujurnya, aku dah puasa selama 10 hari.Yang baki lagi 4 hari tu sebab aku demam + batuk teruk sampai termuntah2 tu yang terpaksa berbuka selepas half day walaupun sbnrnye sayang nak berbuka. Masa pregnantkan E-ein dulu, berjaya puasa half month je, since masa tu early trimester pertama so masih dlm keadaan loya & mabuk2.Pregnancy kali ni dalam trimester kedua ( dah nak masuk 6 bulan) badan pun rasa kuat sikit.



Adakah selamat jika saya berpuasa semasa hamil?
Hanya terdapat beberapa kajian perubatan yang telah mengkaji mengenai kesan berpuasa, tetapi nampaknya secara am, berpuasa semasa kehamilan memangnya selamat.

Berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.
  • Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti:
  • Peringkat kehamilan anda - seringnya wanita dalam trimester kedua boleh bertahan paling baik.
  • Kesihatan anda sebelum kehamilan.

Apakah amalan lazim wanita lain?

Pelbagai perkara – dan kemungkinan majoriti – wanita Islam yang hamil akan memilih untuk berpuasa semasa Ramadan. Beberapa kajiselidik menunjukkan 70 peratus wanita akan memilih untuk berpuasa.

Khususnya semasa trimester kedua kehamilan, apabila kebanyakan ibu merasa lebih selesa, jika dibandingkan dengan trimester pertama dan kedua, dan asalkan anda sihat, anda sudah tentu boleh berpuasa pada bulan Ramadan.

Namun begitu, Islam membenarkan ibu yang hamil untuk tidak berpuasa sekiranya merasakan bimbang bahawa puasa itu akan membawa kesan tak baik atas ibu atau bayi, dengan syarat ibu menggantikan puasa itu kemudian, setelah bayi dilahirkan. Ibu yang mengalami diabetis semasa hamil mungkin perlu bertanya kepada doktor mereka dahulu. Bincanglah dengan keluarga, doktor anda dan pakar agama yang dipercayai untuk membantu anda mempertimbangkan semua pilihan yang terbuka.

Adakah sesuatu yang saya perlu berbuat sebelum berpuasa?

Rancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan beli-belah dan tugasan tertentu dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda menikmati pelbagai makanan yang sihat dan banyak minum apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan – seperti buah kurma, kacang dan lentil – untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan bergula yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat – ia juga akan menurun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti mahu pengsan dan pening kepala.
  • Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protin diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

9 ulasan:

masviona berkata...

tahniah maiza dh pregnant lagi....:)

mariaariffbaby.com berkata...

insyallah..berdoa pada Allah..moga dipermudahkan.

Alhamdulilah, saya dua2 pregnant..dapat berpuasa penuh..
:)

Lin berkata...

alhamdulillah, so far saya masih lagi berpuasa penuh. :)

Ely Hasrul berkata...

i kan time sammy dpt 29ari rasenye 1 ari tu bukan ape sgt pon cuma penat aje hahah.. tp kali nih baru dpt sehari pose sigh..

CatlinaFly berkata...

tq masviona..;)

CatlinaFly berkata...

maria: :) tahniah dapat puasa penuh ..

huhu cabaran masa berpuasa ni kebykan sebab rasa dehydrated, bukan rasa lapar sgt pon..nak2 ari tu batuk, nak kene gak mkn ubat batuk n minum air suam byk2...

CatlinaFly berkata...

lin: tahniah2 :)

CatlinaFly berkata...

ely: ely dah bape bulan neh? tahniah2 :) kalau baru trimester pertama atau dah trimester ketiga memang susah sikit nak puasa...sebab early trimester:loya/mabuk2.third trimester pulak, tak larat sbb baby dah besar kot, they absorb most of the nutrients!:)

*∽ IZAN ∽* berkata...

trimester pertama mmg penat sket.. tak leh nak paksa2 diri.. tapi alhamdulillah la.. kajian menunjukkan ibu hamil pun tetap boleh meneruskan ibadah puasa tanpa memberi kesan pada baby. Izan dan masuk 2nd trimester.. alhamduliillah.. masih puasa penuh lagi huhu

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.