Selasa, 16 Ogos 2011

Berpuasa ketika hamil part 2


sambungan dari babycenter.com

Adakah terdapat tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau urin anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan kontraksi bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat.
  • Sentiasa tenang – anda boleh teryahhidrat dengan cepat dan ini akan membahayakan bayi anda.
  • Kurangkan kerja rumah dan lakukan seminima yang mungkin.
  • Dapatkan tip dan saranan mengenai bagaimana menghadapi puasa semasa hamil daripada wanita dalam keluarga anda.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walau pun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin gemar tidur lewat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan dengan tenang dan mendapat rehat yang banyak.

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak; apa yang perlu saya lakukan?

Berbincanglah dengan keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.

My tips: minum byk air masak semasa sahur dan selepas berbuka utk mengelakkan dehidrasi.bdn kekurangan air.Aku jugak amalkan minum minuman bersusu contohnya Anmum Materna (itupun baru2 je start, kadang2 lupe gak hehehe), atau Milo /Horlicks suam sebelum tido atau semasa sahur.

Makan kurma juga merupakan amalan yang bagus, selain sunnah Nabi Muhammad SAW, i found that kurma mengandungi sugar content yang bagus utk tubuh.Belilah kurma yang berkualiti bagus, cari yang luarnya kering, dalamnya basah(tips aku bc dalam newspaper tapi lupa bila nye paper).Disarankan 3 biji kurma dan segelas susu semasa berbuka , kemudian baru makan makanan berat selepas solat maghrib maybe.Tapi biasalah, bila dah lapo, mengadap terus je nasik n lauk pauk kat depan mata..cuma jgn berlebihan sampai senak perut sudah!

8 ulasan:

blackcardomompods berkata...

Wah bgusnya cat.akak setiap kali pregnant di bulan puasa,selalu fail nk berpuasa even sahur yg berat,xpuasapun akak selalu fail in urin,pening nk pitam kalu lmbt mkn.semua pregnancy akak xpuasa sb asyik nk pitam,tgk2 bp low.bby pun slow je gerak.lps tu masaklh mnggantikan puasa tp alhamdulillah hutang puasa langsai

Gieyana berkata...

Tahniah2..br jer tahu E-ein nk dpt adik..:)

me ms preggykan Nureen dulu dpt posa 1 bln..alhamdullilah..

Mama Awisy berkata...

tahniah dear..bestnya ein nak dapat adik..

Yan berkata...

masih konfius ni whether saya ni preggy ke idak.. asik rase loya jek... dahaga sangat2.. klu berjalan/shopping/wat keje luar... mmg letih abis.. balik mesti tido..
bulan puasa plg banyak tido.. bile berbuka.. takleh makan banyakpun.. air beberapa gelas.. makan sepinggan nasi... kueh2 tu paksa2 je makan... rase sedikit sengsara la puasa kali ni


arini dah decide nak jumpe doc.. harap2 bukan preggyla... lum sanggup lg nak menambah..sian kat sikecik huhu..

*∽ IZAN ∽* berkata...

tak sempat nak minum susu sekarang.. perut penuhhhh je bila buka posa.. telan pil kalsium jek uhuhu

dZana berkata...

smga bby n mama sihat2.. gitu juga e-ein sayang...

Liza berkata...

Cat, hari ni bocor gak posa Liza. Kena cirit birit. Huhu....

Liza mesti kena minum susu semasa sahur, baru bertenaga berpuasa..

Baju Kurung Budak berkata...

Salam.
Saya pun tengah mengandung gak.
Memang tak boleh banyak bekerja ketika puasa, doktor yang sarankan begitu. Kurma kena makan untuk pastikan ada tenaga.

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.