Isnin, 22 Ogos 2011

Selamatkah jika ibu hamil membuat scan ultrasound dengan kerap?



Adakah selamat untuk membuat banyak skan? (sumber babycentre)

Skan ultrasound yang dilakukan semasa kehamilan anda bertujuan untuk mengesan pertumbuhan dan kesejahteraan bayi anda. Skan amat penting jika anda telah mengalami komplikasi semasa kehamilan terdahulu, atau mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes atau darah tinggi. Anda juga akan dinasihat untuk membuat skan tambahan jika anda hamil kembar.

Ultrasound atau ultrabunyi sama seperti bunyi biasa, tetapi pic atau nadanya tersangat tinggi sehingga tidak dapat didengar. Skan ultrasound telah digunakan untuk kehamilan selama lebih daripada 30 tahun, dan tiada siapapun yang mendapatkan ianya merbahaya. Namun begitu, untuk memastikan keselamatan sepenuhnya, ada terdapat panduan jelas tentang kegunaannya semasa hamil.

Apakah hasil kajian-kajian?

Kajian baru saja diusahakan untuk beberapa tahun ini, dan oleh sebab sekarang hampir semua wanita mahukan skan, maka memang sukar untuk mendapat wanita yang tak pernah menjalankan skan untuk tujuan perbandingan. Ini dengan sendirinya sudah tentu meyakinkan anda.

Kajian-kajian tidak mendapat sebarang kaitan antara ultrasound dan berat bayi masa lahir, maupun kanser kanak-kanak, disleksia atau masalah pendengaran. Satu kajian mendapati sedikit peningkatan dalam kejadian kidal di kalangan bayi lelaki, tetapi dapatan ini belum lagi disokong oleh kajian-kajian lain.

Adakah cara ultrasound diuruskan menjejaskan bayi saya?

Semasa skan ultrasound berjalan, sedikit haba dikeluarkan dan diserap oleh bahagian badan yang dikenakan skan itu. Skan-skan yang anda jalani semasa hamil mengeluarkan amat sedikit haba (kurang dari satu darjah Celsius). Sebab itu, ianya selamat bagi anda dan bayi anda. Hanya jika suhu tisu badan yang diskan itu naik sebanyak empat darjah Celsius, katakanlah, dari 36 darjah ke 40 darjah, barulah ada kemungkinan ianya membahayakan.

Mungkin anda lebih senang hati jika mendapat tahu yang jenis skan rutin bagi mendapatkan imej bayi anda dalam dua dimensi menggunakan ultrasound rendah kekuatan, yang juga dipancarkan kepada ruang yang luas. Bayi anda sentiasa bergerak, dan cecair yang mengapungkan dia membantu menyebar luas sebarang haba.

Bagaimana dengan lain jenis skan?

Lain-lain jenis skan, seperti Doppler dan skan berwarna, bekerja dengan mengumpulkan gelombang bunyi pada ruang yang kecil. Walaupun ini boleh menyebabkan lebih banyak haba, tetapi suhu hanya akan naik secara ketara jika skan ditumpukan di satu-satu tempat untuk masa yang panjang. Doppler digunakan untuk melihat pengaliran darah, dan, oleh sebab darah sentiasa mengalir, ini mencapahkan sebarang suhu yang terhasil.

Sesetengah mesin skan mengurangkan kuasa gelombang ultrasound dengan otomatik apabila Doppler digunakan, dengan tujuan mengurangkan kekuatan gelombang itu.

Mesin Doppler tangan dan kardiotokografi (CTGs), yang digunakan untuk mendengar denyut jantung bayi, juga gunakan ultrasound, tetapi kekuatannya rendah, dan ianya dianggap selamat.

Skan vagina mungkin memanas dengan lebih cepat daripada skan perut, sebab kuar vagina akan dipanaskan oleh badan, tetapi juga, kuar itu perlu berada di dalam untuk jangka masa yang agak lama sebelum berlaku sebarang peningkatan suhu.

Macam mana doktor boleh tahu berapa banyak haba dihasilkan oleh skan?

Mesin skan mempunyai ukuran indeks terma yang dipaparkan atas skrin. Ini memberi panduan kasar tentang jumlah haba yang berkemungkinan terhasil akibat pendedahan yang lama.

Kebanyakan skan mempunyai indeks terma yang sangat rendah dan boleh digunakan tanpa sebarang had masa. Skan Doppler dan skan berwarna mempunyai indeks terma yang tinggi sedikit dan harus dihadkan kepada 30 minit. Dalam kebanyakan kes, mendapatkan bacaan Doppler akan mengambil masa beberapa minit sahaja.

Bagaimanakah saya dapat memastikan yang skan itu dijalankan dengan selamat?

Panduan tentangnya telah menetapkan bahawa skan hanya boleh dijalankan oleh kakitangan yang berkelayakan penuh dan tahu bagaimana menjalankan skan dengan selamat.

Mereka melakukan ini dengan menggunakan tahap ultrasound yang rendah seberapa yang boleh, dan melakukan skan itu secepat mungkin. Mereka maklum bahawa:

• Doppler, tambah lagi jika digunakan dengan kuar vagina, tidak harus digunakan di minggu-minggu awal semasa bayi anda masih melalui pertumbuhan.

• Kuar tidak harus kekal di satu tempat untuk masa yang lama.

• Skan harus dijalankan bagi tempoh masa yang singkat jika anda demam dan suhu sudahpun naik.

Kebanyakan doktor dan ahli sains bersetuju bahawa tiada kemungkinan yang skan membahayakan, di samping itu, faedah yang diperolehi daripada skan bersiri untuk mengesan perkembangan kehamilan melebihi sebarang potensi risiko.

2 ulasan:

Rozita berkata...

penjelasan yang bagus! terima kasih..

Ely Hasrul berkata...

kalu ikutkn ati nk jek scan tiap ari kan hahaha..

adik sami nih ade vanishing twin. xpenah dgr pon. rope2nye nk jadik twin tp xjadik.. xdek la rasa ape2 tp bila bgtau kawan dorg plak yug frust huish hahhaa

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.