Rabu, 24 Ogos 2011

Simptom selepas bersalin yang tidak boleh anda abaikan Part 2


Keadaan yang cemas, tetapi boleh ditangguh sehingga pagi

Cakap dengan doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami mana-mana simptom berikut:

Rembesan vagina yang berbau busuk
Ini boleh menjadi tanda terdapat infeksi pada rahim atau vagina.

Perut yang sakit
Ini juga mungkin tanda suatu infeksi. Ianya mungkin berada pada luar perut anda pada sekitar jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim anda, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika infeksi dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mendapat pendarahan postpartum (lihat atas).

Buasir yang bengkak teruk
Walaupun buasir adalah biasa, kadang-kala ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terlanjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan.

Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
Jika pada penghujung minggu kedua selepas bersalin, anda masih berasa pilu, murung, cepat naik marah dan tidak menikmati menjadi seorang ibu, anda mungkin menghidap kemurungan selepas bersalin. Ia penting untuk bercakap dengan doktor anda.

Sakit teruk perineum, mungkin bersertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk
Ini mungkin infeksi pada jahitan anda atau infeksi air kencing. Ianya penting untuk dilihat oleh doktor sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu vagina anda.

Punggung bocor
Keperluan untuk meluru ke jamban adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terberak sebelum berjaya sampai ke jamban, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (apabila anda gagal mengawal pergerakan usus anda). Bincang dengan doktor anda dengan segera.

Tiada ulasan:

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.