Selasa, 27 Disember 2011

Hukum ibu dan anak susuan

Aku search dalam yahoo dan google search...ada penjelasan yang panjang dan pendek.Yang panjang tu dari pandangan mazhab2 dan imam2 berbeza...tapi aku poskan yang mudah difahami..

1.Kredit pertama to Mikididles

1. Hak untuk menyusu adalah hak ibu
Maknanya seseorang ibu itu boleh memilih samada hendak menyusukan bayinya atau pun tidak. Jika dia memilih untuk tidak menyusukan bayinya, walaupun disuruh oleh suaminya untuk menyusukan bayi mereka, tidaklah jatuh hukum derhaka kepada suami.

2.Tanggungjawab suami mencari ibu susuan jika isteri tidak mahu menyusukan bayi
Jika isteri menolak atau tidak berkemampuan untuk menyusukan bayi mereka, suami bertanggungjawab untuk mencari ibu susuan untuk anak mereka.

3. Syarat wajib menjadi anak susuan
  • a. Bayi tersebut mestilah berumur 2 tahun ke bawah.
  • b. 5 kali kenyang – 5 kali kenyang ini bermaksud, 5 kali menyusu dan setiap penyusuan ibu itu haruslah sehingga bayi itu benar-benar puas , nampak kenyang, tidak meragam dan jika ada sendawa ianya boleh dijadikan panduan sebagai kenyang.
4. Hukum Maram antara anak susuan dan adik beradik susuan
  • a. Adik beradik susuan tidak boleh berkahwin
  • b. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan nenek/atuk disebelah ibu dan ayah susuan
  • c. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan ayah susuan
  • d. Tidak boleh berkahwin dengan adik beradik kepada ibu dan bapa susuan
  • e. Haram berkahwin dengan anak kepada ayah susuan yang berlainan ibu. maknanya jika ayah susuan tu ada berkahwin 2 atau lebih, tidak boleh berkahwin dengan anak ayah susuan tersebut. Dalam bahasa lain ianya bermakna anak tiri ibu susuan la (begitu juga dengan anak kepada ibu susuan dengan suami terdahulu atau terkemudian (jika berlaku perceraian).
  • f. Tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
Nota: Yang lain-lain saya tak ingat sangat. Rugi tak rakam masa tu. Kepada yang arif dalam hukum hakam ni, kalau ada kesilapan disini, minta betulkan. Terima kasih.

5. Pembahagian harta dengan anak susuan
Hukum mahram anak susuan dengan adik beradik dan ayah/ibu susuan hanya setakat hubungan nikah kahwin dan tidak termasuk dalam pembahagian harta. Namun begitu, adalah tidak salah jika ayah susuan ingin menyerahkan sebahagian hartanya kepada anak susuannya. Maknanya di sini ialah anak susuan tidak termasuk dalam hukum farait.

6. Lain-lain
  • Adalah haram jika adik-beradik susuan memandang satu sama lain dengan perasaan berahi.
  • Jika mereka berkahwin tanpa mengetahui mereka adalah adik beradik susuan, mereka perlu dipisahkan (apa istilah dalam Islam ni yer?). Ustaz tersebut ada juga menyebut mengenai tindakan yang perlu diambil jika mereka tidak boleh dipisahkan tetapi saya dah terlupa apa dia. Jika ada yang tahu, minta email saya supaya saya boleh update info untuk pengetahuan bersama.
7. Apa hukumnya kalau suami terminum susu isteri?
Tidak mengapa dan hukumnya harus, dan tidak akan menjadi anak susuan kerana salah satu syarat wajib menjadi anak susuan ialah 2 tahun ke bawah. Suami confirm dah lebih dpd 2 tahun umurnya.

credit :
  • http://www.babynme.com.my/blog/?p=2212
boleh refer sini juga :
  • http://www.ustaznoramin.com/2010/04/pergaulan-adik-beradik-saudara-susuan.html
  • http://duniasusuibu.com/perspektif-islam-terhadap-penyusuan-ibu/hukum-ibu-susuan
_____________________________________________________________________________________________________

2.Kredit kedua kepada blog Ustaz Adnan

ANAK SUSUAN; PERWARISAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KELUARGA SUAMI

Soalan; saya ada satu persoalan yg ingin saya ajukan pada Ustaz; saya pernah menyusukan anak saudara saya (bayi lelaki) yg pd ketika itu berumur 11 bulan sebanyak 6 kali kenyang (iaitu sehingga bayi itu sendiri berhenti menyusu). Adakah bayi tersebut menjadi anak susuan saya? Dan adakah dia berhak mewarisi harta atau sebagainya sama seperti anak2 saya? Dan bagaimanakah pula hubungan bayi tersebut dgn keluarga suami saya?

Jawapan;

Apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya, namun tidaklah ia mewarisi harta darinya kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

Dalam kes puan, anak susuan puan itu tidak lah akan mewarisi dari puan atas dasar anak susuan (kerana ia tidak termasuk dalam faktor perwarisan di atas), akan tetapi atas dasar nasab (kekeluargaan) kerana ia adalah anak saudara puan. Dalam perwarisan Islam, anak saudara akan mewarisi sekiranya si mati tidak mempunyai bapa (atau datuk), anak lelaki (atau cucu lelaki) dan saudara-saudara lelaki.

Adapun hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Diharamkan kerana pengusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas r.a.). Kerana itu, suami puan adalah bapanya (yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami puan adalah neneknya. Kakak suami puan adalah ibu saudaranya. Dan anak perempuan suami puan adalah saudara perempuannya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

Wallahu a'lam.






Galakan & Hukum Menjadi Ibu Susuan

Salam semua..
Saya buka topik ni sebab dalam kebanyakan topik hanya membincangkan syarat-syarat menjadi ibu susuan/anak susuan.. tetapi dari segi hukum dll ianya amat kurang dibincangkan. Hati saya amat tersentuh bila baca salah satu topik di sini di mana seorang mummy bersusah payah mencari ibu susuan untuk anaknya..

Sebenarnya semua ini bermula bila saya rasa membazir pulak bila stok EBM banyak & takut anak saya yang baru umur 4 bulan x sempat nak habiskan.. bila berborak perkara ni dengan rakan baik saya, dia kata daripada dibuang baik diberikan padanya. Kawan saya ni anaknya belum setahun tetapi susu nya mmg dah kering walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Bila saya tanyakan pada suami, katanya susah nanti nak menjaga hubungan susuan tu.. maklumlah dah jadi muhrim & tak boleh berkahwin dll..

Akhirnya saya menelefon seorang ustaz di Jab Agama Islam - bhgn Dakwah.. bertanyakan pandangan beliau.. secara ringkasnya..Ustaz tu kata besar pahalanya jika kita sudi jadi ibu susuan.. ini kerana baby sememangnya kurang sesuai diberi minum susu lembu.. saya percaya mummy2 di sini tau apa sebabnya kan.. Malah beliau menyatakan ' Rasulullah juga ada ibu susuan'.. Berkenaan tentang takut terjalinnya hubungan cinta sesama anak susuan.. Ustaz tersebut menyarankan agar anak2 ini diperkenalkan selalu.. cth pergi berkelah bersama, berjalan2 bersama dll.. kenalkan bahawa ini adalah kakak/abang nya juga..Lega rasanya bila dengar pandangan Ustaz ni.. skrg cuma tunggu restu dari suami shj.. InsyaAllah moga Allah permudahkan..

p/s: Mungkin ada yang tertanya2 knp saya takut susu membazir.. sebenarnya stok ebm saya dah ada dekat 200.. malah deep freezer saya pun dah nak penuh.. Bekas pula bila dah tak larat nak beli bumblee bee/autumz.. saya beli je bekas dadih.. mungkin saya tersilap pump banyak sgt masa dalam pantang dulu.. ialah semangat sgt utk bf anak.. dan still lagi pum 3x sehari pagi sblm keje, tghr & sblm balik keje sbb takut kalau x pum, susu akan berkurang & dada bengkak..

Kalau ada mummy2 yg sudi beri pandangan.. sudi2 kan lah yer<...

Just for sharing..aku pun tak complete ilmu di dada...kalau ada salah dan silap harap boleh diperbetulkan...wallahualam....


1 ulasan:

Ely Hasrul berkata...

bagus info nih Cat, esok2 kalu sy ckp psl BF saya link entry nih okeh..

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.