Sabtu, 7 Januari 2012

Petua banyakkan susu ibu

err...sejak aku postkan gambar2 EBM aku kat FB..ramai juga yang contact aku tanya camne nak bykkan susu ibu..tak kurang juga yang tny, breast pump yang paling sesuai nak guna..

untuk info..aku pun masih di fasa percubaan & kira first time nak breastfeeding exclusively ni..alhamdulillah..bulan pertama dah berjaya...100% Aisy cuma minum susu ibu..air masak pun aku tak kasi tau....Cg Fly tau sgt ler aku ni degil hehehe..walaupun masa jaundice tu ada yang suruh aku kasi air masak lah, air glucose lah, air susu kambing lah kat baby..aku berdegil tak nak kasi sebab jaundice is normal bagi newborn..yang penting bykkan breasfeeding, bg dia berak byk2 suapay jaundice tu cepat turun( yg aku baca 90% bilirubin jaundice tu kuar ikut feces, 10% sahaja ikut urine)

Petua bykkan susu
Aku kongsi satu petua ni pun, yang bidan urut rekemen kat aku.sejak E-ein lagi..makan mee suah (buat sup) dgn nasi panas,itupun aku cuma amalkan dua tiga hari pertama je..pastu tak amalkan dah.

Yang penting, stay hydrated(bykkan minum air masak or jus - jgn minum air gas pulak!).Aku suke milo so, bila aku lapar je in between meals, aku akan buat segelas milo panas dan mkn biskut twr or biskut cream cheese Julies(dah berpeket2 aku belasah biskut ni hokeh!).Dlm milo ada malt, yang aku baca, malt membantu penghasilan susu.Horlicks pun sama.Dan aku pastikan perut tak kosong...mesti makan!Sebab dari makanan tu lah, kita ada tenaga dan nutrien nak hasilkan susu.

Kemudian....regular pumping...since Aisy prefer breast kiri sebab senang nak latch kat puting nya, breast belah kanan memang dia jarang sgt2 hisap..so breast belah kanan aku selalu pam dan susunya aku simpan.Breast pumping akan imitate hisapan baby, dan akan bg signal kat otak yang susu dah byk keluar, so otak bg signal n hormon utk produce susu lagi...so far aku pump 4-5 kali sehari breast kanan shj sebab aku dah plan utk occasional feeding EBM kat Aisy iaitu, EBM waktu siang masa aku keje, malam masih nak breastfeeding direct.

Jgn kecewa kalau masa perah, dapat 1-2 oz je...bg masa 6-10 minit utk milk letdown.Teruskan pam, jgn stop bila 5 minit pertama susu sikit atau tak keluar.Bukan terus je masuk puting ke corong pump, terus dpt susu 5-6 oz tau...milk letdown ni korg boleh rasa.Dari mula baby menghisap je atau mula pump susu, susu tak keluar or slow je keluarnya...then korg akan rasa, mcm breast korg berat n sakit berdenyut tapi dlm 1-2 second je.Lepas tu susu akan keluar mencurah2.Tulah milk letdown..otak bg signal yang baby sedang hisap susu, so perlu lebih byk susu keluar utk baby minum..err....ok tak penjelasan aku ni ye..aku pun ikut kefahaman aku je ni hihi....

Breast pump mana yang bagus
Aku no komen sgt pasal ni...sebab so far aku pernah guna 3 jenis pump

- Heinz pump manual harga RM30(murah, senang, tapi sakit tgn nak pump adoi)
- Medela Mini Electric RM429( ringan, kecik,boleh guna bateri, tapi bising huhuhu)
-Spectra 3 set dgn beg & ice pack bagai RM599( berat sikit, bulky, tapi so far ni faveret aku sebab dia senyap & tak sakit breast , dia ada setting utk perah kuat atau perlahan )

ada kawan aku siap beli Medela Pump In Style rege RM2k lebih ...bagi aku bergantung kepada keperluan dan kemampuan...tapi kalau korg beli yang double, cepat sikit lah perah susu tu siap.Contoh, nak perah satu breast, akan makan masa 15-20 minit utk kosongkan breast tu.Kalau jenis single pump, korg kena spend 30-40 minit utk pam susu.Kalau beli jenis double pump, masa pumping tu cuma jadi 20 minit je....jadi..tepuk dada, tanya selera..;) survey dulu and tny kawan2 yang pernah pakai pump jenis korg nak beli tu...

** aku bukan pakar , diulang bukan pakar bab penyusuan ni..tapi i don't mind to share, cuma keberkesanannya mungkin tak samalah bagi setiap org...apa yang aku gain info ni, some dari experience sendiri, some dari pengalaman org..some dari pembacaan dan bertanya kepada kawan2 yang lebih arif...lebih bagus kalau korg dapat rujuk ke pakar laktasi utk info lebih tepat & lengkap ;)

*this entry is autopublished..tak dan lah nak online hari2 hihi...

Tiada ulasan:

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.