Isnin, 20 Februari 2012

Teknik menyusukan bayi

Tahukah korang bahawa, 90% wanita menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya sekali, tapi cuma 20% sahaja yang berjaya menyelesaikan penyusuan hingga 2 tahun? (Prakata, 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu).

Menyusukan bayi walaupun adalah satu perlakuan semula jadi manusia, ia masih perlu dipelajari, lagi2 zaman skrg wanita rata-rata bekerja..kalo zaman dulu maybe takde problem nak BF sampai 2 tahun sebab tak ramai yang bekerja...bila jadi stay at home mum, asal baby nak susu je,terus selak baju kasi....tak yah beli pam, beli storage bottle lah, storage plastic bla bla bla..bestnye gitu!!!hua hua...nasib lah kita yang jadi ibu2 berkerjaya ni...

Aku copy paste artikel di bwh ni dari blog Uda..: teknik menyusukan bayi .Good info!


Jom berkongsi info mengenai teknik penyusuan susu ibu..

1. Kedudukan badan

*Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
*Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
*Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan

Cara memegang bayi
* Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
* Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
* bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu

Cara memegang payudara
*Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
*Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting

Posisi Penyusuan


1. Posisi mendukung/buai
* Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
* muka dan kepala bayi menghadap payudara

2. Posisi mendakap/di sisi
*Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
*Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
*Pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya

3. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
*Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
*Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap

4. Posisi baring
* bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat

Penyusuan pasangan kembar

* Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak


Pelekapan


Cara yang betul menyusukan bayi
* Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
* gerakkan badan bayi ke arah payudara
* pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
* pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

Cara pelekapan yang betul
* mulut bayi terbuka luas
* dagunya mencecah payudara
* bibir melekup keluar
* pipi gelembung
* payudara nampak penuh dan bulat
* terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan

Cara pelekapan yang salah
* dagu bayi jauh
* tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
* dagu tidak menyentuh payudara
* ibu rasa sakit
* payudara bolehbengkak dan puting luka

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

Tiada ulasan:

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.