Selasa, 13 Mac 2012

Anak susuan baru...;) tanggal 9 Mac 2012

Izzah Mardhiah bt Yasir(gambar lama, baby Izzah skrg berumur 8 bln)

Berkenalan dengan umi Izzah setelah aku postkan nak donate EBM di page FB HumanMilk4Human Babies. Menurut umi Izzah, Farhah, Izzah menghidap alergi terhadap susu formula(susu lembu) sedangkan stok susu umi nya tidak byk, selalunya cukup2 utk df shj...kalau perah pun, dibuat bekalan harian Izzah di babysitter..Jadi umi Izzah sedang mencari ibu susuan utk menampung supply susu utk Izzah, sehingga 2 tahun utk melengkapkan penyusuan susu badan , insya Allah...

Sbhgn bekalan EBM(my liquid gold) ready to go,semasa umi Izzah dtg ke rumah MIL..

Alhamdulillah..allahuakhbar..di saat aku berperang dgn Aisy ttg refuse botol, ade kegembiraan lain dtg menjelma, mendapat seorg lagi anak susuan...alhamdulillah...

* cuma sedikit sedih sebab kbykan ibu2 Muslim di Malaysia, bila susu badan kurang atau ade problem, diorg terus option ke susu formula sedangkan turutan pilihan susu utk anak adalah seperti berikut:

1.Susu ibu ( direct), jika tidak boleh akibat tidak sihat/berjauhan/masalah nipple flat or inverted maka pergi ke option seterusnya,
2.Perahan susu ibu, jika masih tak available maka ke option seterusnya,
3.Ibu susuan(penyusuan direct), jika ibu susuan jauh atau tak available utk direct feed, maka sila ke option seterusnya iaitu
4.Perahan susu ibu susuan ( EBM ibu susuan).Jika masih tidak dapat juga ibu susuan, barulah beralih ke....
5.Susu formula

See? Mommies kebanyakan terus ke option ke5 walaupun tak mencuba option2 yang ke3 dan ke4 tu...

aku tgk kat wall HM4Hb tu, kebykan yang mencari anak susuan / donate EBM adalah non muslim, manakala yang mencari ibu susuan, ramai org Melayu kita...segelintir je wanita Melayu yang nak donate EBM...dan, dlm hukum hakam ibu susuan, sebenarnya boleh je if ibu susuan/anak susuan berlainan agama tapi ade syarat2 dia..tak jatuh haram tapi jatuh makruh if ibu susuan nonmuslim tu makan makanan/minuman yang tidak halal....next time lah aku kupas topik yang ni ye..

dan yang sedihnye, ade yang jijik bila dgr bab ibu susuan..tak sedia nak bagi anak minum cecair badan ( body fluid) dari org lain.Hello???abis tu susu formula tu bukan ke body fluid dari lembu? hehehe...I'm not anti susu formula...jgn salah faham.E-ein pun minum Isomil..campur dgn bf waktu mlm smpi umur 5 bulan, pastu susu formula Isomil smpilah skrg.Cuma utk Aisy aku berkobar2 nak fully bf until 6 months & meneruskan penyusuan hingga 2 tahun insya Allah...

Lagi satu, bila org leceh2 kan bab nasab serta hukum hakam ibu dan anak susuan.Ketahuilah ibu susuan dipandang mulia oleh Allah swt.Nabi Muhammad kita pun ada 2 org ibu susuan, Halimatussadiah & seorg lagi jarang disebut iaitu Thuwaibah kalau tak silap namanya....

Dua pointdi atas aku utarakan sebab pernah ade beberapa kwn yang duk komplen susu merudum lah, sikit lah, tak cukuplah, perah dpt 1 oz je lah, pastu tensen sendiri.Bila aku offer nak bg ebm aku, sementara diorg nak build supply diorg, diorg reject mentah2...mungkin sbb tak paham.Last2 aku postkan comment kat HM4HB tu, terus je dapat reply dari 3-4 org yang berminat.Ade 2org dari johor, seorang dari KL dan seorang dari Kelantan.Tapi aku kira first come first serve lah..itu pun umi Izzah kata, bekalan EBM yang dia dapat dari aku & sorg lagi ibu susuan Izzah, mencukupi utk supply selama 2 bln.Aku akan provide monthly kpd Izzah , selagi stok masih ada.Dari aku membuang EBM bila freezer penuh, baik sedekah kat org yang memerlukan kan??

Wallahualam bisawwab..:)

8 ulasan:

karipapsayur berkata...

entah nye. Haritu siap masuk paper mcm protes ibu susuan ni kira haram sbb nnt anak2 bila dh besar x cam konon gf/bf nye adalah adik beradik susuan masa baby. Igt org Mesia ni sembrono je ke amik susu terus putuskan silaturrahim dgn donor??

eima berkata...

tahniah utk ko ... aku ni pun still bf my lilbaby tp tak tegar ... bila tak dpt sokongan moral .. mmg hancur la...

tp insyaallah aku akan bf my alisha sampai umur 2 tahun ....

transformed housewife berkata...

baguslah bila kita dpt tlg. kesedaran psl BF ni rasanya dah ok tapi bila bab ibu susuan ni ramai yg masih ragu2.

CatlinaFly berkata...

karipapsayur: oh..yg dlm paper tu pasal milk bank.milk banks memang kena kaji lagi dan diharamkan sebab tak tau sape donor & receiver.susu di milk bank akan discreening, pastu dicampurkan dlm bank stok susu tu then dijual kpd mereka yang memerlukan( harga tu adalah harga kos screening n proses pemyimpanan dan sterilised susu).kalo kat obersi, and diorg pon nonmuslim so tak risau bab nasab2 ni.

di malaysia ni, ade informal social network kat fb yang anjurkan perkanalan antara ibu dan anak susuan ( human milk 4 human babies).bukan jual susu bdn tau,nauzubillah..mostly ibu susuan donate ebm extra & terpulang kpd keluarga anak susuan nk byr upah atau tak, itu urusan diorg dgn ibu susuan tu sendiri..

CatlinaFly berkata...

eima: insya allah kita sama2 berjaya

CatlinaFly berkata...

kak nur: ye betul...memang stail org kita gitu..benda yang boleh kata tak boleh, benda yang tak boleh, dibolehkan pulak kan...padahal Islam tu mudah dan memudahkan...semua complete pasal semua aspek kehidupan..tapi still org nak amik leceh ttg benda2 ni

Sherry berkata...

My brewstmilk little now so dah bags formula

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum wbt saya puan ain dari puncak alam ingin mencari anak susuan hubungi saya 0193260965

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.