Rabu, 2 Mei 2012

Kenapa kena beli breastpump utk menyusukan anak?

Disalin dan diadaptasi dari sumber asal : klik sini(blog Akma) very nicely written dear!! :)

Biasanya untuk para-para ibu yang baru mula nak menyusukan baby perkara pasal pam susu juga adalah antara faktor utama yang agak memeningkan kepala. Macam mana nak cakap tak pening yelah nowadays macam-macam pam kat pasaran. Semua pun wOooooow!!! Hebat!!


Ibu-ibu yang takde experience breastfeed selalu fikir takut nak beli pam yang mahal sebab takut susu tak keluar bila bersalin nanti. Sebenarnya semua ibu perlu rephrase semula soalan masing-masing. Instead of bertanya soalan "Nak beli pam susu atau tidak?", why not kita rephrase semula kepada soalan "Mengapa saya perlu membeli pam susu?". Yeay!!

Saya berasa sedikit terkilan apabila baru-baru ini saya mendengar ayat daripada seorang colleague, "Nasib baik tak beli pam yang mahal tu. Rugi je, tak berbaloi. Sebab susu sikit." Sedih tau tak baik cakap macam tu. Kalau melihat dari pengalaman sebegitu ramai ibu-ibu baru di luar sana, susu sikit adalah alasan yang sangat biasa mengapa ibu-ibu tak menyusukan anaknya . Kan?

Kita semua perlu tahu:

1) Susu tak keluar pada beberapa hari pertama, jadi direct feeding dihentikan dan digantikan dengan susu formula. Bayi dilahirkan sedia kenyang. Pada beberapa hari pertama kebiasaannya apa yang dihasilkan ialah colostrum. Manusia berebut-rebut beli Alpha Lipid yang mahal giller tu sebab nakkan kolostrum lembu kerana kebaikan yang begitu banyak. Kenapa perlu kita rugikan kolostrum yang kita sendiri hasilkan untuk diberikan pada bayi yang baru lahir? Kebaikan kolostrum manusia sudah pasti berkali-kali ganda lebih baik dari kolostrum lembu.

Direct feeding amat perlu untuk menghasilkan stimulasi untuk pengeluaran susu. Apabila kita beralih kepada susu formula, maka kita telah rugi satu sesi hisapan langsung daripada mulut bayi yang amat berguna untuk merangsang pengeluaran susu.
 2) Bayi kerap menangis hendakkan susu. Ibu beranggapan susu yang dihasilkan tak cukup lalu ditambah dengan susu formula.
Breastfeed bayi anda mengikut demand. Biarlah dia menangis nak menyusu setiap 15 minit pun. Perlu diingat, semasa bayi masih di dalam perut, nak makan memang mudah, bila-bila masa saja nak, semuanya disalur direct melalui tali pusat. Tapi bila dah keluar ke dunia, apa lagi cara bayi tu nak menunjukkan rasa lapar. Merengek/nangis saja la caranya. Mungkin bayi tu small eater. Minum setiap 15 minit. Jadi ikut sajalah, tak perlu merasakan susu tak cukup kerana membandingkan bayi yang minum formula tidur kekenyangan sehingga berjam.

Jadi berbalik kepada persoalan tadi, mengapa perlu membeli pam susu?

1) Masalah inverted nipples
Kalau ibu tu mengalami masalah inverted nipples, breastpump boleh membantu mengatasinya. Masalah inverted nipples bukan masalah remeh yang boleh dibiarkan, kerana ia antara penyebab yang boleh membuatkan seorang ibu itu mengalah untuk meneruskan penyusuan.
2) Bayi lahirkan tak cukup bulan
Bayi yang lahir tak cukup bulan biasanya mempunyai masalah weak suckling. Apa lagi jika si ibu mempunyai inverted nipples, memang menyukarkan keadaan. Bayi yang lahir tak cukup bulan juga biasanya perlu ditempatkan di dalam incubator. Ibu perlu menggunakan masa ini untuk mengepam susu bagi memastikan bayi tersebut memperoleh khasiat kolostrum dan seterusnya susu ibu, serta membantu merangsang pengeluaran susu.
3) Bayi mengidap jaundice
Bayi yang mengidap jaundice yang tinggi perlu melalui phototherapy treatment. Ibu perlu mengepam susu untuk dibekalkan kepada bayi tersebut. Macam kes baby Zara, dia kene admitted pada hari ketiga sebab kuning dah sampai 251. So saya dah start pam pada hari ketiga untuk bekalkan yang terbaik untuk baby saya di hospital.
4) Untuk membantu mengurangkan engorgement dan mengelakkan mastitis
Ramai ibu yang mengalami engorgement semasa pantang disebabkan semakin banyak susu yang dihasilkan. Jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan mastitis. Jadi memang penting untuk si ibu mengepam untuk mengelakkan perkara ini. Susu masa pantang memang mewah giller tak hengat ok.
5) Untuk menyediakan stok beku untuk simpanan dan stok segar untuk dibekalkan kepada anak setelah ibu masuk bekerja. Masa berpantang dulu saya berjaya membuat 100 frozen EBM. Yeay!!!!
6) Untuk mengajar anak menyusu botol sebelum ibu masuk bekerja.
7) Untuk menyediakan stok susu kepada anak apabila anak mengalami nursing strike disebabkan sakit, teething dan sebagainya.
8) Untuk maintain pengeluaran susu yang berterusan.

Bagi ibu bekerja, apabila anak tidak menyusu semasa ibu bekerja, penting untuk ibu menggantikan sesi penyusuan tersebut dengan mengepam, bukan sahaja untuk menyediakan stok susu kepada anak, tetapi juga untuk memastikan pengeluaran susu yang berterusan. Jika si ibu tidak mengepam, badan akan menerima signal bahawa ia tidak perlu menghasilkan susu kerana si anak tidak memerlukan susu tersebut. Lama-kelamaan pengeluaran susu akan menyusut, dan ini akan membawa kepada masalah "susu sikit".

Nak beli pam pulak, kena cari pam yang berkualiti, bukan beli yg murah tapi tak berkesan. Janganlah kedekut sangat sbb kualiti pam pun memainkan peranan jugak dalam meneruskan kelangsungan proses menyusu. Pam yg tak elok akan menyakitkan B dan menyebabkan mommies give up untuk pam lagi dah. Banyakkan direct feed dan sesi pam akan menambahkan susu.. SUPPLY VS DEMAND.. lagi byk demand, lagi byk hasil. Biasanya pada permulaan mmg kita akan rasa macam perah susu tak keluar sebenarnya itu perkara biasa. Payudara kita belum selesa dengan pam tersebut dan kita belum cekap menggunakannya memang akan mengambil masa sedikit namun kita perlu teruskan bagi meningkatkan kecekapan kita dan membiasakan badan kita dgn pam tersebut lepas tu sebelum memerah mulakan dengan mengurut lembut payudara terlebih dahulu.

In my humble opinion, both are OK..samada manual atau electric.

Manual - economical, but time consumption and penat sikit la, tapi kalau semangat kuat, tak salah kalau nk guna manual. Pilihan manual pon kena betul, so far yang ok feedback guna manual, Avent ISIS, medela Harmony and MAM breastpump.

Electric - mudah, cepat, less energy and kalau double pump bermakna time also cut off to half. But in term of economical, in long run, kita fullybfeed baby mmg balik modal plus a good bpump maybe boleh guna hingga 2-3 org anak.

Suction: as manual pump, suction kita control kan.. so its we use our own judgement and feelings samada dh empty breast atau tidak, suction selesa atau tidak dan sambil mengepam boleh adjust kedudukan tuh...

Electric pump however proves to be a Helper in expressing your milk out. So as a helper, ingat lah dia sebagai pembantu. So its our responsibilities utk pastikan kita mengepam dgn efisien, dan drawing out as much milk as possible. Kalau ada penyakit malas tu suruh dia syhh syhh pergi jauh-jauh. Biasa kalau guna breastpump electric kita based on time consumption, biasa time kerja kita terhad utk mengepam dlm tempoh tertentu. So utk itu mmg kena bantu pump utk emptykan breast sepenuhnyer
 
Apepun, dipendekkan cerita.

Kalau susu sikit:
-negative thinking : minda dah set susu sikit
-kurang direct BF (when with baby)
-kurang pumping (when away from baby)
-latching/lekapan tak betul
-penggunaan pam yg tidak menyamai baby suction
-makan jamu yg entah hape hape
-makan pil perancang yg tak sesuai utk bf mom

Kalau susu byk:
-positive thinking ; minda dah set, susu cukup utk anak
-kerap direct BF
-kerap pam
-latching betul
-penggunaan pam yg bagus, menyamai baby suction
-double pumping



Personally,kalau saya sebelum pam saya
kena urut breast dulu. Urut dr bawah menghala ke nipple.

Secondly bila mengepam tu jangan pandang pam sebab bila  pandang pam mesti nak fikir duk fikir "maner susu tak kuar ni??" " Cepatlah la susu kuar" "erk sikit nyer kuar".. pemikiran yg negative membantutkan pengeluaran susu seelokknye tengok baby ke, Kalau pam kat office letaklah piccas baby kat beg pam. Otak yg ceria membantu susu keluar. 
 Thirdly - maksimum waktu pam 20 min ke 30 minit. Kalau utk 2 3 kali pam, dlm tempoh tu  cuma dpt 1oz... 2 oz... bawaklah  bersyukur ada jugak dari takde langsung. Sejuk breast kita bila dgr kita bersyukur. Esok lusa dia kuarkan byk lagi.

Nombor empat pulak - kalau awal-awal pam cuma kuar 2oz takpe dun worry kerapkan mengepam. Kalau baca belog orang lain ckp dapat 10 oz dan pam 3 jam skali kita pam la 2 jam skali ke 1jam skali nanti dapatlah total susu yang sama jugak macam diorang.
 

Last choice, buat double pumping. Oh kalau takde baget cuma beli single pump??? itu bukan masalah besar bebeh.  1 breast pakai pum, lg 1 breast pakai original pum iaitu suruh le anak menyusu kan da jadi double pum. Sebelah anak menyusu sebelah pump so breast yg pump akan keluar susu samer lebat dengan yang anak menyusu.
As conclusion,beli pump yang baik sebagai pelaburan untuk masa depan at least kuar duit sekali & maintain 1 pump yg baik. Atleast kita tau dengan adanya pump kita mampu untuk fully breastfeed anak kita nanti!! Yeayy!!!!!

Lastly hanya ibu sahaja yg faham, bila time baby sendawa kekenyangan mcm dia ucap........

"TQ Mama, bg saya minum susu mama!!!"..

Masa tu perasaan memang puas giller macam nak nanges kegembiraan pun ada *sighhh.
Tulisan di atas adalah dari sumber yang dinyatakan dan bukan hasil tulisan saya...just nak share sebab sy suka dgn cara penerangan saudari Akma yang padat dan bernas :). 
Ok....for my part...nak share pump2 yang ku ada...(wlupun dah cite dulu, nak cite lagi gakkkk!)
1.Spectra 3(S3)
 
My S3 in action..nilah pump kesayangan aku fuh fuh...
2. Unimom Mezzo
Unimom Mezzo in action

3.Medela Harmony 
( dalam kotak lagi, belum guna hehehe...beli sebab ku jual breast pump juge skrg, so kena try test dulu hahaha..) 

Dan..nak share lagi(byk nye nak share heheehhe)...stok ebm telah mencecah 1200 oz pada 25 April yg lepas....tggu anak susuan ambil stok ebm lagi hujung bulan nih....
 Apa2.pun, jenis atau jenama breast pump sebenarnye sebagai bantuan dlm menyusukan...bukans ebab beli brand A, maka dapat perah susu dgn byk..kena ingat DEMAND VS SUPPLY..lagi byk susu dikeluarkan/dihisap oleh bayi..maka lagi byk tubuh akan hasilkan susu..:) peace!

4 ulasan:

Ria berkata...

unimom Mezzo tu berape hrga die kak??dulu fully breastfeed Amani sbb xkeje..skrg da keje kene pk nk cri pump tuk 2nd bby..insyaAllah..yg S3 tu berape lak??thanx ye sudi share byk tips..suke sgt..2nd bby ni pn nk breastfeed gak..balas kat emel kite pn ok..reeya2312@yahoo.com

All about a journal berkata...

Salam..

Nicely written..

Saya alhamdulillah masih dikurniakan rezekiNya menyusukan anak dari hari pertama hingga kini setahun 4 bulan..

Dan berkerja..

Setakat pengalaman saya yang ciput ni, saya pakai medela harmony..Alhamdulillah selesa, senang penjagaan dan tak banyak karenah..

Tanpa Nama berkata...

hello catlinaflybaby.blogspot.com owner discovered your website via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your site http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Kalau Catlina nak let go Mezzo tu contactla saya ya :) nazfa21@yahoo.com

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.