Khamis, 10 Mei 2012

Kisah pramugari yang hebat!

Oh ini bukan kisah pramugari terlampau....ini kisah pramugari hebat dan sy tabik springg pada beliau..sungguh kagum...kita yg duk kat darat, tak berjauhan dgn baby pun leh fail nak fully bf, ini pramugari yang selalu travel smpi berminggu2 baru lah boleh balik rumah....kisah ni sgt2 inspiring...nak2 aku yg tgh gelabah sebab nak kena tinggalkan Aisy for 3 days...ade nak gi outstation kat Cheras dari 21-22 Mei..huhuhu...tak sanggup tapi kena pegi demi tugas...


Link asal di sini ye:http://baitulmuslimzaidee.blogspot.com/2012/04/kisahnya-seorang-pramugari-yang-hebat.html kredit to Aqilah Zaidee yang menceritakan ttg ibu hebat ni, kalau tak sumpah aku tak tahu!


Dan ini blog si Ibu Pramugari yg gorjes dan superb sgt ttg bf..salute!!
:http://aimalzyad-aimal.blogspot.com


*******************************************************************************
Saya tidak pernah bertemu empat mata bersamanya. Semuanya berlaku di alam maya. Internet yang menghubungkan kami. Walaupun kami hanya teman maya, tapi saya yakin dengan pengiktirafan saya bahawa beliau ibu yang hebat. Saya akan menitis airmata apabila membaca catatan ceritanya.


Beliau adalah Aini wardiah, pramugari MAS. Ibu kepada Ariff Ziyad yang sekarang sudah menjangkau 1 tahun.
Perjalanan penyusuan susu ibu untuk wanita ini sungguh mencabar dengan kerjaya seorang pramugari. Namun ia biasa lakukan demi Ziyad tersayang...






tengoklah si bijak, Ziyad ni..mesti dia nak ikut juga ibunya...
kadang2 berat hati nak tinggalkan anak di rumah pengasuh, padahal opis dekat shj. tapi ibu muda ini, meninggalkan anaknya beribu batu untuk tempoh yang berhari2 dan kadang2 mencecah minggu.. hu3 sedihnya saya...


Perjalanan BF ibu ini sungguh mencabar. Anda bayangkan tugas pramugari yang selalu terpaksa meninggalkan keluarga beribu batu. Ya Allah.

Aini dan suaminya mempunyai rumah di KL. Tetapi Ziyad ni dihantar ke Penang, rumah ibubapa Aini. Ziyad dijaga sepenuhnya oleh keluarga Aini.. Jadi kurang sedikitlah kegalauan di hati bila ahli keluarga yang menjaga anak ni kan...

Anda bayangkan..
Apabila selesai tugas sebagai pramugari, Aini akan mendapat cuti. Kemudian, dia akan segera pulang ke Penang bagi melepaskan rindu didadanya untuk Ziyad tercinta. Cuti pula tak tentu. ada rezeki, dapatlah 5 hari. Bayangkanlah, si anak ini..walaupun jarang bertemu, bermain, berpeluk, mencium ibunya, dia tetap kenal siapa ibunya. kerana susu ibu itu penghubungnya. Ziyad akan berlari untuk terkam ibunya.. tak berlari, merangkak..

Habis tempoh 5 hari, si ibu akan berlepas pulang ke KL. Suami Aini pesan, jangan dibawa Ziyad tu ke airport. takut nanti dia menangis. Bukan setakat anak, ibu pun menangis. Tapi atuknya memujuk si ibu dan ayah supaya bawa jugaklah si Ziyad ni. Nanti dia lama tak jumpa ibu dan ayahnya. Jadi, sepanjang dalam perjalanan ke airport, Ziyad ni melekap je dalam dakapan ibu dan Aini menyusukan anaknya walaupun suami menghalang ( sebab Ziyad ni, kalau dah minum susu, dia dapat tenaga baru. nanti terus dia berjaga he3..cutenye ). Tapi kalau saya di tempat Aini juga, saya akan lakukan perkara yang sama. Lama pulak nanti dia nak dapat direct feeding tu sebab ibu dah tiada disisi. Mungkin Ziyad dapat merasakan bahawa dia bakal ditinggalkan lagi..
Jadi bila dah sampai airport, cepat2 Aini dan suami bergegas pergi. sebab taknak nanti menangis depan anak dan taknak tengok anak menangis di depannya. yang si Ziyad pula terpinga2 sebab tiba2 mak ayah dia pergi. T_T

Bayangkanlah adakalanya tidak bertemu dengan Ziyad 2minggu. Aduhh tak terbayangnya saya...

Apabila berjauhan dengan si anak, si ibu tetap gigih melaksanakan tugasnya. walaupun ia amat mencabar buatnya. Jadi si ibu terpaksa memerah sepanjang hari sebab tiada anak disisi untuk direct feeding. Hendak memerah/mengepam di atas flight, sungguh mencabar. Sebab airlines ni memang tidak menyokong BF. jadi, nak excuse untuk mengepam, tidaklah semudah yang disangka. Semua crew perlu bersiap siaga selalu kerana semua penumpang diletakkan dibawah tangungjawab mereka ( Kalau terjadi kebakaran, orang sakit jantung, orang pengsan, orang nak bersalin di dalam kapal terbang, semua tanggungjawab derang. nampak tugas pramugari ni macam glamer. tapi hakikanya..... ) Apabila penumpang sudah berehat, sudah tidur atau lena, waktu nilah masa yang digunakan si ibu untuk memerah/mengepam susu. Si ibu pula tiada tempat lain untuk melaksanakan tugasnya melainkan di dalam tandas. No Choice..adakala bila keadaan terdesak, terpaksa melakukannya di tempat begini walaupun jauh di lubuk hati nak mendapatkan tempat yang lebih bersih dan selesa. Kita tawakallah shj. 

Si ibu pernah hendak memerah/mengepam di kala kapal terbang melalui Lautan Hindi. Masa tengah bersiap untuk membuat projek tu, kapal terbang bergegar. Sebab cuaca yang buruk dan angin Lautan Hindi yang kuat. Panik si ibu dibuatnya. Tengah nak buat projek, dah mcm nak gempa bumi. Kemudian Kapten dah arahkan semua crew balik semula ke tempat masing2. Tak jadilah misinya tadi.
Penerbangan ini tidak menentu. Kadang2 membuatkan mereka jadi zombie. nak menghadap jet lag lagi. pagi di Malaysia, petang sudah di Maldives. Kemudian terbang semula ke Malaysia. 

Sehingga satu tahap, apabila si ibu sampai di rumah/penginapan, tersenguk2 mengepam. sambil tertidur. Walaupun mata dah terlampau berat, badan dan super penat, namun si ibu tak pernah lupa hak si anak di Penang sana. Kemudian, tidur pun bukanlah boleh lama2. sebab kalau tak mengepam susu 3 atau 4 jam sekali, mau keras breast dibuatnya akibat penuh. Again..dengan kemamaian, mengepam lah lagi.

Ada masa, si ibu ini..breakfast di KL, lunch di Kota Kinabalu, dinner di Kuching.  Ke sana-sini badan melayang hu3 
Kemudian menjalankan tugas sebagai crew di kala musim cuti sekolah, ohh sangatlah penuh seat dalam flight. lagi banyak passenger, lagi banyak tangunggjawab yang perlu dipikul. hingga ke satu situasi, si ibu tak sempat nak makan apetah lagi untuk mengepam. kerana terlampau sibuk berjam2. engorge dibuatnya.. pada waktu itu, dia terasa, sukarnya pramugari utk berjaya dlm BF. tapi dia masih belum berputus asa. 

Saya bertanya pada si ibu, kenapa memilih untuk BF anak sedangkan tugas begitu mencabar ?
Jawapannya, cuba bayangkan, anak saya hanya mempunyai masa yang amat terhad bersama ibunya . dia sentiasa bersama penjaga dia. Apekah kalau saya tidak menyusukan dia, dia akan kenal siapa saya ? Susu saya sahaja nilah yang menghubungkan diantara saya dan anak walaupun saya tidak bersamanya..
Anda tahu apa yang berlaku pada saya di depan skrin ini ???
Menitik air mata saya... Anda begitu mulia, duhai ibu.

   

keadaan terpaksa apabila cooler bag sudah penuh dengan stok. gunakan apa yang ada supaya susu ini dapat bertahan sementara waktu.  kreatifnya si ibu...


stok buat Ziyad tersayang...

  

yang ni stok susu yang diperah semasa bertugas. Dibungkus2 untuk dibawa balik ke Penang. 


kaedah si ibu nak mengekalkan suhu susu beku. gunakan ice pack kecik.

  

kejayaan si ibu melaksanakan misinya untuk Ziyad sayang

MODE: KAGUM KAGUM TERSANGAT LAH KAGUM! SUBHANALLAH!!

4 ulasan:

Nad @ MamaZakwan berkata...

TER sangat KAGUM!

Sharz berkata...

sebak baca entry nie..respect sangat2!!

Ameh Wahab berkata...

memang sebak and kagum sangat²~!!!

Nur-nba berkata...

Sangat kagum dengan kegigihannnya.. Beruntung Ziyad..

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.