Isnin, 5 November 2012

Food Poisoning Episodes{1 & 2 Nov 2012}

Nak dijadikan cerita, balik je dari Langkawi,aku terus balik ke rumah MIL utk jenguk E-ein dan Aisy.Petang tu happy2 makan nasi dgn E-ein, dia pun mcm seronok je makan dgn mama dia maklumlah dah 3hari aku kat Langkawi,rindu lah tu...kejenye asyik meratah lauk (ikan ) dan sebelum tu dia duk mengetest semua coklat yang aku bwk balik dari Langkawi.

Dalam maghrib mcm tu lebih kurang, E-ein mengadu sakit perut.Memula aku dgn Cg Fly ingat, dia nak uk uk, so kami ckp, E-ein pakai diapers dulu(dia dah diaperless sejak masuk sekolah tapi belum pandai uk-uk sendiri kat toilet).Dah dipakaikan diapers, dia dtg baring kat riba aku.Sambil tu Eein ckp dia sakit perut, siap mengerekot mcm udang kena bakar.Sekejap mengerekot, kejap dia menonggeng mcm tahan sakit.Still aku tak suspect ape2 selain nak berak je.Dlm 5 minit pas baring tu, tup tup..buweeekkkk...keluar semua yang dia makan kul 6 petang tu.Ada dekat 2x dia muntah masa kat riba aku.

Nak sampai kul 8.30 mlm, dia muntah lagi, dlm 4x gitu.Tiap kali lepas muntah dia mintak air, lepas minum air , confirm muntah lagi.Aku ckp dgn Cg Fly jgn bagi air, nanti apa2 je yang masuk mulut gerenti muntah lagi, tapi Cg Fly abahnye kesian lak takut anaknya haus....cepat2 kami ke klinik yg terdekat.Dlm kereta muntah lagi sekali.Dalam klinik masa doktor check siap muntah lagi.Doktor pun naik risau tgk E-ein muntah, terus dia refer pada hospital, katanya, better pegi terus.Dia suspect food poisoning.Otw gi balik rumah MIL smula, aku dgn Cg Fly puas duk fikir, ape lah yang dia makan smpi food poisonng.Siap masa balik rumah MIL, Cg Fly siap korek2 bakul sampah nak tgk kot2 coklat yg E-ein mkn dah expired, tgk belum lagi.Tinggal satu je lagi suspect:ikan!Ikan bakar yang E-ein makan tu aku mkn jugak, tapi sikit.E-ein duk meratah ikan tu je ptgnya...pastu ikan tu pun dah sejuk...mungkin jugak bakteria dah ada, dan aku tak terjejas sebab aku mkn sikit dan aku tahan kot.Aku kemas ape2 yang patut in case kena warded....kul 9 bertolak ke hospital Kluang dan smpi hospital bhgn kecemasan kul 10 malam....

And the rest as the pictures below...memula doktor nak suruh warded sebab tgk E-ein lemah..lepas drip, tgk mcm dh bertenaga sikit, doktor kata tak yah warded....kami balik ke rumah kul 2 pagi...balik rumah Kluang sebab Cg Fly dan aku keje esoknya...pagi esoknya aku minta excuse masuk keje lambat...nasib baik bos memahami...cuma kesian kat adik Aisy.Balik dari Langkawi, aku sempat direct feed dia sekali je...pastu dah bergegas ke hospital malamnya...mujur dah bw ebm secukupnya iaitu ebm yang aku berjaya kumpul di Langkawi(nanti aku post camne aku simpan ebm di hotel yang mini bar/peti sejuknya tak sejuk)...ape2 pun, alhamdulillah, E-ein dah ok,hari esoknya tu dia byk nak tido, tapi mulai semalam dah mula nak main2, dah mula aktif mcm biasa..cuma, sehari dua ni dia fobia nak makan, takut muntah lagi katanya...minum susu kuat lah..tapi petang hri ni aku berjaya pujuk dia mkn nasi....semoga E-ein cepat sihat, esok dah nak sekolah..

nangis sebab kena cucuk dgn nurse..siap jerit2 tak nak..tak nak...

abah duk pujuk dia...

memang muka letih sebab nak nyampai kat spital dekat 7-8kali muntah smpi kuar air je

aku suruh dia tido tapi dia tak nak tido selagi aku tak baring sebelah dia..mau mama yang tido kalau dah baring ni huhuhu

tertido keletihan...dekat 2jam jugaklah baru selesai IV drip,bukanlah sebotol doktor masukkan dlm 2 botol silinder kecik tu...

4 ulasan:

Nad @ MamaZN berkata...

ksiannye...
moga e-ein cepat sembuh!
kenapa la agaknye ye?
ikan bakar tu beli ke masak sendri?

CatlinaFly berkata...

salam..masak sendiri....huhu dah nak terkena...sy rasa, mungkin sebab sy mkn sikit dan e-ein mkn byk kot..lagipun dia kecik lagi so bdn dia tak tahan..mujur jugak muntahs emua, kalau tak , tmbh cirit birit sekali...satu hal lagi

Eliss Mie berkata...

alahai kesiannya. semoga selalu diberi kesihatan yang baik-baik. anak2 sakit ni memang x senang tidur kita kan.

Liza berkata...

Kesain la kalau anak2 sakit. Cpt sembuh ya E-ein..

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.