Sabtu, 9 Februari 2013

Reverse cycling dalam penyusuan susu badan

Lepas pumping kita cycling pulak!hihi!



Apa itu reverse-cycling? reverse-cycling tu adalah keadaan di mana bayi menyusu kurang di waktu siang tetapi kerap minum di waktu malam atau apabila bersama dengan ibu.
Antara punca terjadinya reverse-cycling adalah:
  1. Terbalik waktu siang dan malam.Bayi yang baru lahir belum kenal siang dan malam. Jadi mereka terbalik antara waktu siang dan malam. Siang banyak tidur dan malam banyak berjaga.
      Cara atasi :
    • buka lampu pada waktu siang dan kejutkan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 jam untuk menyusu.
    • Ajak bayi bermain di waktu siang.
    • Malam pula, guna lampu kecil dan galakkan bayi untuk tidur.
  2. Distractible babyBayi yang mudah terganggu semasa menyusu. Biasanya bayi yang sedang mula aktif pada usia 4 bulan ke atas. Bayi minum, berhenti, lihat sekeliling, minum, berhenti dan pandang muka anda, minum, pandang tempat lain berulang-ulang. Ini bukan bermakna bayi tidak mahu minum tetapi bayi sedang belajar tentang segala yang ada disekelilingnya. Kadang-kala bayi lupa untuk melepaskan puting sebelum pusing (ouch!)
    • Cara atasi :
    • Susukan bayi dalam suasana sunyi dan kelam.
    • Menyusu sambil baring dan terus tidur.
    • Tutup dengan sling atau selendang.
    Sekiranya bayi tidak melepaskan puting semasa pusing, masukkan jari kelingking dalam mulut bayi dan tarik keluar puting. Offer B sekali lagi.
  3. Ibu sibuk atau terganggu di siang hariIni biasa terjadi bila ibu sibuk membuat kerja rumah atau menghadiri majlis. Mungkin juga ibu sibuk melayan anak yang lain. Ini menyebabkan bayi kurang minum atau minum sekejap. Jadi bayi minum lama waktu malam untuk cover balik.
      Cara atasi :
    • Guna sling atau baby carrier yang boleh bayi menyusu sambil anda buat kerja lain.
    • Perhatikan rutin menyusu bayi.
    • Bayi juga memerlukan masa untuk bersendirian dengan ibu selepas menjalani hari yang sibuk seharian.
  4. Bayi jauh dari ibu (e.g ibu bekerja)Bayi cuma minum cukup untuk hilangkan dahaga dan minum dengan banyak bila bersama ibu.
      Cara atasi :
    • Tenang dan relaks. Anda patut bersyukur kerana bayi lebih sukakan ibu berbanding botol!
    • Letakkan kuantiti yang sedikit dalam botol supaya tidak membazir.
    • Sekiranya risau bayi akan lapar, ingat bahawa bayi mampu tidur malam lebih kurang 8 jam tanpa menyusu.
    • Beri peluang anak anda menyusu sepuasnya ketika bersama anda.
     rujukan :http://www.kellymom.com/bf/normal/reverse-cycling.htmlhttp://www.kellymom.com/babyconcerns/distractible-baby.htmlhttp://www.mother-2-mother.com/reversecycling.htmhttp://momslittleones.com/shop/download/ogos.pdf

2 ulasan:

fiqkbe berkata...

tq for the info ;) sgt berguna utk fiq ;D

transformed housewife berkata...

skrg mmg baby knur menyusu byk masa mlm je.

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.