Isnin, 8 April 2013

AlFatihah..buat abah tercinta

Abah kesayangan saya telah meninggal dunia pada 28 Mac 2013....Al Fatihah..

Takpuas rasanya berbakti pada abah..sekejap benar rasanya Allah pinjamkan Abah buat kami...abah pergi dengan senyuman..walaupun di saat-saat akhir abah masih mahu menunaikan solat..digagahkan berdiri ke bilik air di hospital, aku diberi kesempatan memandikan abah tengahari bersama mama itu bila abah minta dipapah ke bilik air...sgt terharu tgk kondisi abah...abah nampak sangat sakit.Tak sangka itu kudrat abah yang terakhir...

Innalillahi wa innalilaahirajiun...tertanya-tanya adakah abah senyum kerana impian sudah terlaksana?

Anak-anak abah dua orang, dah bekerja,dah berkahwin, punya keluarga sendiri..that's me and my older sis.Masing2 sudah ada rumah sendiri , cuma abah tak sempat jejak kaki ke rumah kami...abah juga tgh buat rumah baru untuk mama..yang mana skrg aku menjadi pengurus/pemantau rumah baru tu yang dah 75% siap...mungkinkah abah senyum sebab tanggungjawab abah telah selesai..banyaknya jasa abah..banyaknya salah faham dgn abah saat remaja dulu, aku paling kuat melawan ckp......di saat akhir beberapa hari sebelum tu cuma sempat cium tgn abah dan ubun2 abah...aku tak ucapkan apa2 lain sebab untuk bercakap shj memenatkan abah...abah minta dibawa balik ke rumah tapi aku suruh bertahan di hospital, "kita berubat dulu ya abah"...wlupun respon abah " abah dah takde harapan..bawaklah abah balik"..bayangkan tersentak hati mendegar abah yang biasanya ceria, tiba2 berkata seperti itu...bukan sekali malahan setiap hari...dugaan maha berat untuk memberi keputusan saat itu..seolah2 suis hidup dan mati abah di tgn aku, anak yang bongsu ini...hari yang dijanjikan nak bawa abah balik..rupanya abah terlebih dulu " balik" ke rahmatullah.....dengan tersenyum..rahsia senyuman abah hanya Allah yang mengetahui..tapi bila lihat muka abah, semua yang memandang juga tersenyum " manisnya, cerahnya muka arwah.."...subhanallah...urusan pengebumian juga berjalan lancar..arwah pergi jam 4 petang, pukul 5 petang van jenazah sudah tersedia...lepas Isyak dimandikan, terus dikebumikan, usai jam 11 malam hari yang sama...syukur Ya Allah....tiada kesulitan dalam menguruskan jenazah abah...ahli keluarga banyak membantu...

Semoga Allah ampuni dosaku..kerana inginkan yang terbaik untuk abah...

Bak kata kakak ku, memang byk ralat tapi biarkan abah pergi dengan aman...yang lepas jadikan pengajaran..wallahualam...

Buat mama, tabahkan hati....Lina dan Kak Ja ada...memang mama akan rasa kehilangan. yang sgt2...dah 37 tahun berdua..tiba2 tinggal seorang...lepas seminggu abah meninggal, baru lah mama buka mulut " mcm mimpi je, x sangka betul"...ya memang macam mimpi bagi kita semua...skrg ni setiap kali bgn pagi..rasa mcm abah ada lagi...semoga mama tabah...

Aku sharekan sesuatu yang aku jumpa di FaceBook...wallahualam bisawwab

"Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia"

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

12 ulasan:

Mummy Ayu berkata...

Al fatihah..takziah buat Cat & family...
tu la..banyak Ayu baca kat FB Cat..sedih sgt but dah tiba masa & janji dia dgn pencipta...
apa pun..semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...

indahhouse berkata...

Salam kak catlina,
Salam takziah, atas pemergian ayahanda tercinta. Moga rohnya ditempatkan berasama mereka yang dikasihi Allah. Al Fatihah.

Imaan09 berkata...

Innalillah.. al-fatihah..

Nad MamaZN berkata...

Innalillah...
Salam takziah cat
Dpt tau frim fb aritu..

transformed housewife berkata...

Innalillah. Al-fatihah. sabar byk2 deh. sedekoh sokmo Yaasin utk muloh abah Lina.

Liza berkata...

Innalillah.. Takziah buat Cat. sabar yer.

Tanpa Nama berkata...

Hi there, just became aware of your blog through Google, and found that it's really informative. I'm going
to watch out for brussels. I will appreciate if you continue this in future.
Lots of people will be benefited from your writing.
Cheers!

Feel free to surf to my homepage :: jocuri gratis cu masini

Tanpa Nama berkata...

Hi to every one, the contents existing at this
web site are actually amazing for people knowledge,
well, keep up the nice work fellows.

Feel free to visit my website jocuri cu betmen

Emy Omar berkata...

Salam takziah Catlina,semoga tabah melalui hari-hari mendatang tanpa orang yang tersayang.Insyallah..he's in a better place now.Al-fatihah buat arwah

jelita berkata...

turut berduka cita ya atas meninggalnya abah,, mudah2 an doanya terkabulkan aminnn

Tanpa Nama berkata...

Simply because it could be utilized for almost everything, isn't going to necessarily necessarily mean that it should.

Also visit my website ... bowflex selecttech 552 dumbbells sale

Alycia berkata...

salam. takziah buat cat & family.. semoga arwah ditempatkan dikalangan insan yg beriman.. amin..

REMINDER

This blog is a personal blog and solely based from my personal life & expression. If you do not like what you see @ read, you are free to leave this blog.